Peringatan kepada semua yang yang mempunyai isi rumah berpendapatan isi rumah RM4000 dan ke bawah, tarikh permohonan dan kemaskini BR1M 2017 bermula dari 5 Disember - 31 Disember 2016. Permohonan baru dan kemaskini BR1M boleh dilakukan secara atas talian ataupun secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berhampiran anda.
Soalan-soalan lazim berkaitan Permohonan Baru dan Kemaskini BR1M 2017
Bilakah pendaftaran BR1M 2017?
Pendaftaran BR1M 2017 bermula pada 05 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016 (tertakluk kepada pindaan).Â
Siapakah yang layak membuat Permohonan BR1M 2017?Â
Pemohon yang layak membuat permohonan BR1M 2017 perlulah memenuhi syarat seperti berikut:Â
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.
Bagaimana cara untuk saya membuat Permohonan BR1M 2017?Â
Anda boleh membuat Permohonan BR1M 2017 dengan mengisi Borang BR1M 2017 sama ada secara dalam talian atau melalui borang.Â
Permohonan Dalam Talian
- Permohonan BR1M 2017 boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.
- Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Permohonan Melalui Borang
Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BR1M LHDNM
b. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Di mana saya boleh menghantar Borang BR1M 2017 yang telah lengkap diisi?Â
Anda boleh menghantar Borang BR1M 2017 di kaunter-kaunter berikut:Â
- Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
- Pejabat Daerah / Pejabat Residen
- Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2017?Â
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:Â
- Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
- Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)
Semasa BR1M 2016, saya telah kemukakan salinan pengenalan pasangan / tanggungan. Adakah saya perlu kemukakan semula bagi Permohonan Kemas Kini BR1M 2017?Â
Tidak perlu sekiranya maklumat pasangan / tanggungan adalah sama dan tiada perubahan kecuali sekiranya pasangan / tanggungan menggunakan pengenalan Pasport, dimana tuan perlu kemukakan semula salinan pengenalan pasport yang lengkap ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.Â
Bagaimanakah saya hendak kemukakan dokumen sokongan sekiranya Borang BR1M 2017 telah dihantar sebelum ini?Â
Anda boleh mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan BR1M 2017 (BK-17) yang boleh diperolehi di Cawangan LHDNM / muat turun di Portal Rasmi BR1M LHDNM. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Permohonan BR1M 2017 apabila menghantar borang tersebut sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.Â
Saya telah menghantar Permohonan BR1M 2017 secara dalam talian. Perlukah saya kemukakan dokumen sokongan?Â
Ya. Anda perlu kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya terdapat mesej peringatan penghantaran salinan dokumen sokongan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat. Kaedah penghantaran dokumen sokongan adalah seperti jawapan bagi soalan No. 7.Â
Saya telah membuat Permohonan BR1M 2017 secara manual dengan menghantar Borang BR1M 2017 ke Cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?
Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya tuan telah menghantar permohonan baru / kemas kini secara manual ke Cawangan LHDNM yang berhampiran dan kemasukan data ke sistem BR1M telah dibuat oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini selanjutnya berkaitan permohonan BR1M, tuan perlu kemukakan semula Borang BR1M 2017 ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
Adakah penerima BR1M 2016 perlu memohon semula?
Penerima BR1M 2016 perlu mengemas kini maklumat terkini BR1M 2017 pemohon seperti Status Perkahwinan, No. Telefon, Maklumat Akaun Bank (Persendirian), Alamat Surat-Menyurat Terkini, Maklumat Isi Rumah dan Maklumat Waris secara dalam talian di Portal Rasmi BR1M LHDNM atau mengisi Borang BR1M 2017.
Saya adalah penerima BR1M 2016 dan tiada maklumat yang perlu dikemas kini. Adakah saya perlu mengemas kini permohonan BR1M 2017?
Penerima BR1M 2016 yang tiada maklumat untuk dikemas kini adalah digalakkan untuk mengisi borang permohonan BR1M 2017 semula. Kegagalan dalam menghantar borang permohonan BR1M 2017 akan menyebabkan permohonan pihak tuan berkemungkinan tidak akan diproses (tertakluk kepada arahan MoF).
Jika penerima BR1M 2016 telah meninggal dunia, adakah ahli isi rumah waris layak menerima BR1M 2017?
Isi rumah / waris tidak layak menerima BR1M 2017 kerana penerima BR1M 2016 telah meninggal dunia. Isi rumah / waris perlu membuat Permohonan Baru BR1M 2017 jika melepasi syarat kelayakan.
Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2016. Nama saya telah dimasukkan sebagai pasangan kepada bekas suami saya semasa permohonan BR1M 2017. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2017?
Boleh. Anda perlu membuat permohonan baru BR1M 2017 dengan status Ibu / bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan memasukkan tarikh perceraian. Salinan sijil perceraian yang sah perlu dikemukakan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.
Saya telah bercerai pada pertengahan tahun 2016 dan telah berkahwin semula baru-baru ini. Nama saya masih dikekalkan sebagai pasangan dalam permohonan BR1M bekas suami saya semasa Permohonan BR1M 2016. Adakah suami saya sekarang boleh memasukkan nama saya sebagai pasangan di dalam Borang BR1M 2017?
Boleh. Suami anda sekarang boleh memasukkan nama anda sebagai pasangan. Walau bagaimanapun, anda perlu kemukakan Sijil Perceraian dengan bekas suami dan Sijil Perkahwinan yang baru dan memaklumkan kepada Cawangan LHDNM semasa penghantaran borang permohonan BR1M bagi membolehkan kemas kini dibuat ke atas permohonan bekas suami anda.
Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2016 tetapi telah menghilangkan diri. Adakah saya boleh memohon BR1M 2017?
Anda perlu mengemukakan laporan polis berkenaan pasangan menghilangkan diri bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2017. Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2017 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).
Pasangan saya merupakan penerima BR1M 2016 tetapi telah dipenjarakan. Adakah saya boleh memohon BR1M 2017?
Anda perlu mengemukakan surat pengesahan penjara bagi membatalkan permohonan pasangan di Cawangan LHDNM dengan mengisi Borang Pembatalan Permohonan BR1M 2017. Anda boleh membuat Permohonan Baru BR1M 2017 dengan berstatus kahwin (sekiranya belum bercerai secara sah).
Pendapatan terkini saya termasuk gaji bulanan, bonus dan lain- lain elaun. Apakah jumlah pendapatan yang perlu saya laporkan pada Borang BR1M 2017?
Anda perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan lain-lain elaun tetap kecuali bonus bagi semua isi rumah.
Bagaimana sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BR1M 2017?
Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembayaran. Jika tidak, anda perlu menghadiri majlis penyerahan baucar dan penunaian perlu dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).
Apakah akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika Permohonan BR1M 2017?
Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian yang aktif dimana maklumat pengenalan diri (nama dan nombor pengenalan) ketika akaun bank tersebut dibuka perlu sama seperti pengenalan diri pada permohonan BR1M 2017. Anda boleh merujuk senarai bank yang terlibat pada Portal Rasmi BR1M.
Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat Permohonan BR1M 2017?
Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BR1M 2017 mewajibkan penggunaan MyKad sahaja.
Saya bukan Warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon BR1M 2017?
Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja.
Saya merupakan Warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon BR1M 2017?
Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak membuat permohonan BR1M dengan menggunakan alamat surat-menyurat di Malaysia?
Tidak. Ini kerana anda telah memberikan maklumat yang tidak benar ketika permohonan dibuat. Anda dengan ini didapati bersalah di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan juga boleh dikenakan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.
Bagaimana cara saya untuk mengetahui status permohonan BR1M 2017?
Status permohonan BR1M 2017 boleh diketahui apabila kerajaan mengumumkan mengenai pembayaran BR1M 2017. Pemakluman mengenai status permohonan BR1M 2017 adalah seperti berikut:
- Surat makluman yang akan dicetak dan diposkan kepada pemohon;
- Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
- Melalui e-mel berdasarkan alamat e-mel yang dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus tidak lulus;
- Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565/ 4566; atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BR1M 2017?
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:
- Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my;
- Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565/ 4566; atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Jika seseorang memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang akan dikenakan?
Seseorang boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari menerima BR1M.
Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BR1M 2017. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Cawangan LHDNM untuk tindakan selanjutnya.
Saya telah disenarai hitam oleh MoF, apa yang perlu saya lakukan?
Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BR1M, MoF seperti berikut:Â
Sekretariat BR1M
Pejabat Belanjawan Negara
Aras 6 Blok Utara
Kementerian Kewangan Malaysia
No.5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya.
Hotline BR1M MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566 e-mel: br1m@treasury.gov.my
Ok? Itulah antara soalan yang kerap ditanyakan berkenaan BR1M. Jika anda anda keluarga anda berlum membuat permohonan atau kemaskini permohonan, anda boleh berbuat demikian sebelum 31 Disember 2016.Â
Jadual Pembayaran BR1M 2017 adalah seperti berikut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan