Saya baru sahaja kemaskini permohonan untuk BR1M mak saya. Pada tahun ini nampaknya perlukan dokumen tambahan iaitu sijil kematian ayah saya.Â
Tetapi malangnye sijil kematian tu dah hilang dan tiada salinannya.
Hasil semakan saya daripada laman Jabatan Pendaftaran Negara, sebenarnya kita boleh membuat permohonan semula sijil kematian yang telah hilang.
Walau bagaimana pun, permohonan hanyalah tertakluk kepada syarat-syaratnya dan hanya individu tertentu yang boleh memohon seperti :
- Ibu atau bapa si mati
- Suami atau isteri si mati
- Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi si mati
- Adik beradik kandung si mati
- Firma guaman
- Badan berkanun
- Agensi kerajaan
Permohonan dihadkan kepada individu dan agensi di atas untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat yang terkandung dalam sijil kematian tersebut. Jika anda kehilangan sijil kematian ahli keluarga anda, anda hanya perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Kad pengenalan anda (asal dan salinan)
- Salinan sijil kematian (jika ada)
- No kad pengenalan si matiÂ
- Sijil perkahwinan suami dan isteri
- Surat beranak (asal dan salinan jika pemohon adalah anak kandung)
Setelah dokumen disediakan, pergi ke mana mana Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran dengan tempat anda dan isi borang JPN.LM13 (mintak pada kaunter). Kemudian serahkan borang yang diisi lengkap dan dokumen sokongan kepada kaunter (bila nombor giliran anda dipanggil).
Bayaran sebanyak RM5 akan dikenakan. Anda hanya perlu tunggu kurang dari 30 minit untuk mereka memberikan sijil kematian yang baru.Â
Bayaran sebanyak RM5 akan dikenakan. Anda hanya perlu tunggu kurang dari 30 minit untuk mereka memberikan sijil kematian yang baru.Â
Jika anda ada sebarang masalah dalam permohonan kelahiran atau kematian, jangan teragak-agak untuk lawati laman web Jabatan Perdaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengetahui apa dokumen yang diperlukan dalam permohonan anda. Ini adalah penting untuk memudahkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. 👦
Mohon info jika bapa hilang dan gagal ditemui....bapa ada sedikit duit dalam bank dan bagaimana cara hendak mengeluarkan duit tersebut...adakah perlu memohon sijil mati.... apa dokumen yg perlu disediakan...
BalasPadamsaya hendak tanya,kalau saya hendak kan sijil kematian atok dan nenek..tpi nbr ic dia tk ingat..cuma yang ingat tahun dia sahaja..rase boleh ke dapat sijil tu
BalasPadamBagaimana jika sijil kematian berada dlm simpanan bapa simati tetapi tidak memberikannya kpd isteri simati. Wpun diminta bapa simati tetap tidak memberikannya. Bolehkan membuat cabutan sijil kematian yang baru
BalasPadamMohon penerangan Dan Cara mendapatkan sijil kematian bagi atok Dan nenek pada tahu 1970-an...tq
BalasPadam