Cara Memilih Wireless Speaker Yang Terbaik


Cara Membeli Wireless Speaker Yang Terbaik. Jika anda suka mendengar lagu, anda perlukan wireless speaker untuk mendapatkan bunyi yang lebih baik dan lebih memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis wireless speaker di pasaran yang kadang kala memeningkan kepala kita untuk memilihnya.


Kenapa nak beli wireless speaker?


  • Perlukan bunyi yang lebih berkualiti
  • Mudah dibawa ke mana-mana seperti pergi berkelah bersama keluarga dan sebagainya
  • Suka menonton video atau movie daripada telefon pintar atau tab


Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli wireless speaker.


1. Mod Bunyi

Tiada apa yang lebih penting daripada bunyi yang dikeluarkan oleh speaker tersebut. Speaker asas biasanya tidak mempunyai sebarang mod. Sebaik-baiknya pilih wireless speaker yang mempunyai beberapa mod bunyi seperti Bass, Jazz, Rock dan lain-lain. Ini adalah kerana setiap mod bunyi ini akan memberikan kesan bunyi yang berbeza. Tetapi jika tiada mod bunyi pun tiada masalah kerana anda boleh gunakan mod bunyi pada peranti android anda.

2. Jenis Sambungan

Sambungan secara wireless boleh menggunakan beberapa cara iaitu dengan menggunakan Bluetooth, NFC, Wifi Direct dan lain-lain. Tetapi sebaik-baiknya pilih wireless speaker yang menggunakan sambungan Bluetooth kerana ianya lebih universal dan boleh disambungkan kepada kebanyakan peranti android atau Apple anda.

3. Jarak Sambungan

Bagi sambungan menggunakan Bluetooth biasanya sambungan masih boleh digunakan dalam jarak lingkungan 30 kaki. Sambungan menggunakan wifi direct biasanya lebih jauh sehingga ada yang mencecah jarak 600 kaki. Jika anda menggunakannya untuk jarak yang sederhana, cukup menggunakan wireless speaker dengan sambungan Bluetooth sahaja.

4. Ketahanan Bateri

Berapa lama ia boleh bertahan dengan bateri adalah antara perkara terpenting dalam pemilihan wireless speaker. Secara umumnya, wireless speaker yang baik sepatutnya boleh bertahan sehingga 5 jam dengan penggunaan penuh. 

5. Kalis Air dan Tahan Lasak

Terdapat juga wireless speaker yang kalis air dan tahan lasak. Jika anda kerap menggunakannya untuk aktiviti lasak atau semasa mandi di pantai, adalah penting untuk anda pilih wireless speaker yang kalis air dan tahan lasak.

6. Jenama

Terdapat pelbagai jenama barangan elektronik yang mengeluarkan wireless speaker. Antara contoh jenama terkenal adalah JBL, Sony, Logitech dan lain-lain lagi. Saya sendiri merupakan peminat speaker yang dikeluarkan oleh Logitech. Logitech mengeluarkan speaker yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang sangat berpatutan. 

7. Harga

Bukan semua speaker yang murah harganya mempunyai kualiti yang tidak baik. JBL dan Logitech adalah antara jenama speaker yang mempunyai harga yang berpatutan dan kualiti yang baik. Tetapi tidak dinafikan speaker keluaran Sony mempunyai kualiti terbaik antara kebanyakan jenama tetapi mempunyai harga yang agak mahal.

8. Bentuk

Tepuk dada tanya selera. Pelbagai bentuk wireless speaker terdapat di pasaran. Ada orang yang suka kepada bentuk yang agak retro dan ada juga orang yang minat kepada bentuk yang futuristik. Saya sendiri lebih memilih wireless speaker yang berbentuk moden dan muda untuk di bawa ke mana-mana.

5 Jenis Wireless Speaker Pilihan Saya

Wireless speaker yang saya gunakan?

Saya sendiri menggunakan Wireless Speaker Logitech X100. Dari segi bentuk memang sangat menarik perhatian dan menarik. Mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dan bunyi yang dikeluarkan memang sangat memuaskan. Jika anda kerap pergi berkelah tetapi dalam masa inginkan halwa telinga, Logitech X100 wireless speaker adalah antara pilihan terbaik anda. Dari segi ketahanan bateri, Logitech X100 boleh bertahan sehingga 5 jam penggunaan berterusan. Walaupun ianya tidak kalis air tetapi dari segi ketahanan dan reka bentuk adalah memuaskan. Terdapat beberapa yang boleh dipilih iaitu hijau, oren, kelabu dan biru. Saya kini menggunakan yang berwarna hijau. 

Harga Logitech X100 juga berada dipertengahan iaitu tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Harga jualan di Lazada Malaysia adalah antara RM160-RM190 bergantung kepada penjual.
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan wireless speaker ini.  

Jadi, wireless speaker mana pilihan anda?

Lazada Malaysia

3 ulasan:

  1. saya pun guna x100. dapat free dari lazada. tapi X Mini lagi best

    BalasPadam
  2. Dari segi watt dia, lagi tinggi nombor watt lagi kuat ke bunyi dia? Contoh 20W dgn 60W, so 60W lebih kuat/padu bunyi ke?

    BalasPadam

Back To Top