Cara Membeli Wireless Speaker Yang Terbaik. Jika anda suka mendengar lagu, anda perlukan wireless speaker untuk mendapatkan bunyi yang lebih baik dan lebih memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis wireless speaker di pasaran yang kadang kala memeningkan kepala kita untuk memilihnya.
Kenapa nak beli wireless speaker?
- Perlukan bunyi yang lebih berkualiti
- Mudah dibawa ke mana-mana seperti pergi berkelah bersama keluarga dan sebagainya
- Suka menonton video atau movie daripada telefon pintar atau tab
Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli wireless speaker.
1. Mod Bunyi
Tiada apa yang lebih penting daripada bunyi yang dikeluarkan oleh speaker tersebut. Speaker asas biasanya tidak mempunyai sebarang mod. Sebaik-baiknya pilih wireless speaker yang mempunyai beberapa mod bunyi seperti Bass, Jazz, Rock dan lain-lain. Ini adalah kerana setiap mod bunyi ini akan memberikan kesan bunyi yang berbeza. Tetapi jika tiada mod bunyi pun tiada masalah kerana anda boleh gunakan mod bunyi pada peranti android anda.
2. Jenis Sambungan
Sambungan secara wireless boleh menggunakan beberapa cara iaitu dengan menggunakan Bluetooth, NFC, Wifi Direct dan lain-lain. Tetapi sebaik-baiknya pilih wireless speaker yang menggunakan sambungan Bluetooth kerana ianya lebih universal dan boleh disambungkan kepada kebanyakan peranti android atau Apple anda.
3. Jarak Sambungan
Bagi sambungan menggunakan Bluetooth biasanya sambungan masih boleh digunakan dalam jarak lingkungan 30 kaki. Sambungan menggunakan wifi direct biasanya lebih jauh sehingga ada yang mencecah jarak 600 kaki. Jika anda menggunakannya untuk jarak yang sederhana, cukup menggunakan wireless speaker dengan sambungan Bluetooth sahaja.
4. Ketahanan Bateri
Berapa lama ia boleh bertahan dengan bateri adalah antara perkara terpenting dalam pemilihan wireless speaker. Secara umumnya, wireless speaker yang baik sepatutnya boleh bertahan sehingga 5 jam dengan penggunaan penuh.Â
5. Kalis Air dan Tahan Lasak
Terdapat juga wireless speaker yang kalis air dan tahan lasak. Jika anda kerap menggunakannya untuk aktiviti lasak atau semasa mandi di pantai, adalah penting untuk anda pilih wireless speaker yang kalis air dan tahan lasak.
6. Jenama
Terdapat pelbagai jenama barangan elektronik yang mengeluarkan wireless speaker. Antara contoh jenama terkenal adalah JBL, Sony, Logitech dan lain-lain lagi. Saya sendiri merupakan peminat speaker yang dikeluarkan oleh Logitech. Logitech mengeluarkan speaker yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang sangat berpatutan.Â
7. Harga
Bukan semua speaker yang murah harganya mempunyai kualiti yang tidak baik. JBL dan Logitech adalah antara jenama speaker yang mempunyai harga yang berpatutan dan kualiti yang baik. Tetapi tidak dinafikan speaker keluaran Sony mempunyai kualiti terbaik antara kebanyakan jenama tetapi mempunyai harga yang agak mahal.
8. Bentuk
Tepuk dada tanya selera. Pelbagai bentuk wireless speaker terdapat di pasaran. Ada orang yang suka kepada bentuk yang agak retro dan ada juga orang yang minat kepada bentuk yang futuristik. Saya sendiri lebih memilih wireless speaker yang berbentuk moden dan muda untuk di bawa ke mana-mana.
saya pun guna x100. dapat free dari lazada. tapi X Mini lagi best
BalasPadamtiada yang lebih best dari dapat free ;-)
PadamDari segi watt dia, lagi tinggi nombor watt lagi kuat ke bunyi dia? Contoh 20W dgn 60W, so 60W lebih kuat/padu bunyi ke?
BalasPadam