Cara 'Survey' Smartphone Sebelum Beli


Hampir setiap bulan, ada sahaja smartphone baru dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar jenama smartphone. Ini menunjukkan bahawa pasaran untuk smartphone semakin hari semakin berkembang. Walaubagaimana pun, sebelum kita membeli mana-mana smartphone, kita perlulah 'survey' berkaitan smartphone tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain daripada pemilihan harga dan juga spesifikasi smartphone itu, kita juga perlu mendapatkan seberapa maklumat berkaitan smartphone yang kita nak beli. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku masalah yang tidak dijangkakan selepas membeli smartphone tersebut. 

Kenapa perlu buat kajian sebelum membeli smartphone?

Harga smartphone hari ini bukanlah murah. Walaupun ada yang boleh diperolehi dengan harga beberapa ratus sahaja, kebanyakan smartphone tersebut mempunyai beberapa kelemahan yang perlu anda ketahui. Sebab itulah kajian atau 'survey' berkaitan smartphone yang anda nak beli adalah sangat penting. 

Selain itu, kajian sebelum membeli smartphone juga membolehkan kita untuk menjangkakan maslaah yang bakal kita hadapi dan bagaimana untuk menghadapinya. Sebagai contoh, seorang kawan saya membeli Xiaomi Redmi 3S, kemudian dia mengadu kepada saya bahawa telefon dia kerap panas dan mati dengan sendirinya. 

Dalam situasi ini, saya sendiri  merupakan pengguna Xiaomi, jadi saya tahu cara untuk membantu kawan saya mengatasi masalah tersebut. Apa yang saya nak sampaikan adalah, sekiranya kawan saya itu membuat kajian sebelum membeli, pastinya dia tidak terkejut dengan masalah tersebut. Masalah smartphone menjadi panas adalah perkara biasa, yang membezakannya adalah tahap kepanasan dan sebab ia menjadi panas.

Saya sendiri biasanya menghabiskan sekurang-kurangnya 1 minggu untuk mencari maklumat terperinci tentang smartphone yang akan saya beli. Antara perkara yang saya cari adalah berkaitan masalah yang dihadapi oleh pengguna smartphone tersebut dan pengalaman pengguna lain semasa menggunakan smartphone tersebut.

Apa yang saya akan kongsikan adalah bagaimana cara saya membuat 'survey' smartphone sebelum saya membeli sesebuah smartphone. Ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Google 'Nama Smartphone' problem

Ini adalah cara paling mudah untuk mengetahui masalah yang bakal dihadapi jika kita membeli sesebuah smartphone. Pastinya ramai blogger di luar sana atau pengguna yang telah menggunakan smartphone yang kita nak beli, jadi pengalaman mereka adalah sangat berharga untuk kita jadikan sandaran untuk membeli atau tidak sesebuah telefon.



2. Baca Forum

Cara seterusnya adalah dengan membaca forum rasmi berkaitan smartphone yang anda nak beli. Forum adalah sangat membantu untuk mencari maklumat berkaitan dengan smartphone yang kita nak beli. Selain itu forum biasanya ada berkongsi pengalaman pengguna telefon tersebut dan masalah-masalah yang dihadapinya.


3. Bandingkan Smartphone

Ada orang yang hanya memandang jenama semasa membeli smartphone. Jika anda bukannya 'die hard fan' seseuatu jenama, anda perlu buat perbandingan smartphone beberapa jenama yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan smartphone yang anda terfikir untuk beli. Antara perbandingan utama yang perlu diambil berat adalah dari segi spesifikasinya dan yang paling penting adalah harga. 

Cara paling mudah untuk membandingkan smartphone adalah dengan menggunakan laman web GSM Arena. Di laman tersebut terdapat ribuan ulasan berkaitan dengan gajet dan smartphone boleh anda baca. Selain itu anda juga boleh buat perbandingan face-to-face antara 2 atau 3 smartphone dalam satu masa.


Anda boleh gunakan perkhidmatan ini di GSM Arena Compare.

Ok?

Itulah 3 cara 'survey' smartphone sebelum beli. Langkah-langkah ini sangat penting untuk memastikan smartphone yang anda beli itu memuaskan hati anda dan dalam masa sama dapat menjimatkan duit anda juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top