Cara Menyediakan 'Small Office Home Office' (SOHO) Di Rumah


Bagi yang bekerja dari rumah, Home Office atau pejabat di rumah adalah sangat penting untuk memastikan kerja dapat dilakukan dengan efisyen dan produktiviti dapat ditingkatkan. Pejabat di rumah juga penting untuk memastikan pekerjaan dapat di asingkan dengan kehidupan harian. Jadi bagaimana cara untuk menyediakan SOHO anda sendiri di rumah?

1. Ruangan Khas

Yaletown Loft

Sediakan ruangan khas untuk pejabat anda. Anda tidak perlukan satu bilik khas, apa yang anda perlukan hanyalah sedikit ruangan dalam rumah anda untuk anda jadikan pejabat anda.

2. Tersusun

Chelsea townhouse

Pejabat anda hendaklah sentiasa tersusun rapi. Ini adalah penting untuk memastikan mood anda untuk bekerja sentiasa terjaga. Pejabat yang kecil tetapi kemas dan ringkas adalah lebih baik daripada pejabat yang besar tetapi terlalu padat dan tidak tersusun.

3. Tidak terlalu padat

Writing Desk

Meja yang terlalu padat dengan buku dan kertas akan menyebabkan fikiran berserabut. Pastikan anda mengemas meja kerja anda secara berkala untuk memastikan meja kerja kita dalam keadaan yang kemas.

4. Sedikit Hiburan

Large Flowing Space Kitchen
Photo by Figura Kitchens & Interiors - Look for farmhouse home office design inspiration

Ada orang yang bekerja memerlukan sedikit hiburan seperi radio atau lagu-lagu. Jika anda jenis seperti ini, sediakan radio kecil atau pemain mp3 untuk memberikan anda semangat semasa bekerja dan mengelakkan anda cepat bosan. 


5. Pembakar semangat (eg: gambar)

Graceful Gambrel

Gambar keluarga atau apa sahaja yang dapat meningkatkan semangat anda untuk terus berusaha adalah penting untuk meningkatkan produktiviti anda semasa bekerja di rumah.

6. Kerusi yang selesa

WHITSTABLE ISLAND COTTAGE

Kerusi yang selesa adalah penting kerana orang yang bekerja dari rumah biasanya menghabiskan masa berjam-jam duduk dihadapan komputer. Kerusi yang selesa dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam apa jua kerja yang kita sedang lakukan.

7. Pemandangan

One Bedford Condo Suite

Saya lebih memilih pejabat di rumah yang berdekatan dengan tingkap. Ini akan memberikan saya ketenangan dan terasa lebih bebas dan tidak terkongkong di dalam bilik.

Sudahkah anda menyediakan SOHO anda sendiri di rumah?

2 ulasan:

  1. blogger wajib ada soho.. senang nak dptkan ilham update blog hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3..hehe..baru rase macam problogger kalau ade soho sendiri kat rumah :-)

      Padam

Back To Top