WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mengatasi Telefon Pintar Mudah Panas


Menjadi bualan hangat apabila telefon Samsung Galaxy Note 7 yang baru dilancarkan terpaksa ditarik balik kerana terdapat masalah bateri yang boleh menyebabkan letupan. Pelbagai spekulasi mula diperkatakan, akhirnya, pihak Samsung sendiri terpaksa menghentikan pengeluarannya dan menarik balik semua Samsung Galaxy Note 7 atas sebab keselamatan. Sehingga sekarang, kenapa telefon pintar tersebut boleh meletup masih menjadi misteri.

Salah satu sebab yang boleh menyebabkan telefon terbakar atau meletup adalah apabila telefon tersebut terlalu panas. Secara umumnya, telefon pintar boleh menjadi panas oleh 2 sebab utama iaitu panas disebabkan oleh bateri atau panas yang disebabkan oleh processor telefon pintar tersebut.

Walaubagaimanapun, kejadian telefon meletup disebabkan oleh terlalu panas amat jarang berlaku. Ini adalah kerana, sebahagian pendapat menyatakan, bateri telefon pintar hanya boleh meletup sekiranya kepanasannya mencecah 200 darjah celcius. 

Oleh itu, sekiranya anda ingin membeli telefon pintar baru, salah satu aras tanda bagi pemilihan telefon pintar yang baik adalah dengan memilih telefon pintar yang tidak mudah panas. 

Kenapa telefon pintar anda kerap menjadi panas?

Aplikasi

Telefon pintar boleh menjadi panas disebabkan oleh aplikasi yang memerlukan sumber yang banyak untuk beroperasi. Ini akan menjadikan processor bekerja dengan lebih kuat untuk menjalankan aplikasi tersebut seterusnya menjadikan telefon anda panas.

Multitasking

Kelebihan utama menggunakan telefon pintar adalah kebolehannya melakukan multitasking iaitu menggunakan beberapa aplikasi dalam satu masa yang sama. Walaupun ini merupakan satu kelebihan, tetapi dalam masa sama ia boleh menyebabkan telefon anda bekerja terlalu kuat dan menjadi panas.  

Gaming

Selain daripada aplikasi, permainan juga adalah antara penyebab utama yang menjadikan telefon anda panas. Jika kita lihat, permainan yang dikeluarkan sekarang kebanyakannya memerlukan sumber tenaga yang banyak untuk beroperasi. Saiz permainan ada yang mencecah hingga beberapa Gigabyte. Tambahan lagi kebanyakan permaian kini dalam definisi tinggi dan juga 3 dimensi. Semua spesifikasi yang tinggi ini akan menyebabkan telefon pintar anda bekerja dengan lebih keras semasa memainkan permainan tersebut.

Processor

Jenis processor yang digunakan dalam telefon pintar kita juga sebenarnya memainkan peranan menentukan sama ada telefon kita mudah. Ada yang berpendapat bahawa lebih banyak teras dalam sesebuah processor, lebih mudah processor tersebut untuk panas. Jika dibandingkan antara jenama processor, telefon pintar dengan processor Mediatek lebih mudah untuk panas berbanding yang menggunakan telefon pintar dengan processor Snapdragon. Walaubagaimanapun, syarikat pengeluar akan sentiasa membuat penambahbaikan setiap kali versi processor mereka yang baru dikeluarkan.  

Videos

Telefon pintar mudah menjadi panas semasa kita mengambil video yang panjang atau pun menonton video yang panjang. 

Bahayakah apabila telefon pintar menjadi panas?

Bateri cepat rosak

Jika kepanasan yang melibatkan bateri dan kerap berlaku, berkemungkinan bateria akan cepat rosak adalah tinggi.

Letupan

Setakat ini, kes yang terbesar melibatkan letupan atau kebakaran bateri yang melibatkan telefon pintar adalah pada Samsung Galaxy Note 7. Walaupun kejadian telefon pintar amatlah terpencil, tetapi kita perlu sentiasa berwaspada semasa menggunakan telefon pintar kita.

Telefon menjadi lambat / lag

Sekiranya suhu telefon pintar anda meningkat, telefon anda akan secara automatik menjadi lambat atau tersangkut-sangkut. Ini adalah kerana, telefon itu sendiri telah menghadkan penggunaan processor sebagai langkah berjaga-jaga dan seterusnya menurunkan suhu semula. Mengikut pengalaman saya, sekiranya suhu mencecah 40 darjah celcius ke atas, penggunaan telefon akan mula tersangkut-sangkut.

Ok?

Kita telah tahu berkaitan mengapa telefon pintar kita menjadi panas dan kesannya kepada penggunaan dalam kehidupan seharian kita. Seterusnya, saya akan kongsikan beberapa cara untuk mengatasi masalah telefon yang mudah panas. Perkongsian ini menjurus kepada apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan telefon pintar menjadi panas dan apa yang perlu kita lakukan sekiranya telefon kita menjadi panas.

Cara mengatasi telefon pintar yang panas:

Putuskan sambungan

Sekiranya telefon pintar anda panas semasa menggunakan internet, matikan Wifi atau sambungan data anda dalam masa 5 - 10 minit untuk menurunkan semula suhu telefon pintar anda. Sekiranya diberi pilihan, gunakan wifi berbanding sambungan data kerana menggunakan sambungan data akan menyebabkan telefon anda lebih mudah untuk panas.


Jangan guna semasa cas

Menggunakan telefon semasa sedang dicas adalah sangat tidak digalakkan. 


Kurangkan main game

Seperti yang diperkatakan di awal tadi, permainan adalah salah satu sebab telefon pintar menjadi panas. Elakkan bermain permaian dalam jangka masa yang panjang

Jangan overcharged

Bateri yang kosong biasanya akan penuh dalam masa 3 ke 4 jam bergantung juga kepada kapasiti bateri telefon pintar anda. Secara umumnya, jangan mengecas bateri telefon pintar anda lebih daripada jangka masa yang ditetapkan dalam manual penggunaan. Ini bukan sahaja boleh menyebabkan telefon menjadi panas, tetapi boleh menyebabkan bateri cepat rosak.

Matikan GPS

Setelah anda menggunakan GPS, pastikan anda matikan carian signal untuk GPS. Penggunaan GPS akan menyebabkan telefon sangat mudah untuk menjadi panas. Terutamanya jika digunakan bersekali dengan sambungan internet.


Guna aplikasi pemantauan suhu

Ada pelbagai cara untuk pantau suhu telefon pintar kita. Anda boleh gunakan aplikasi percuma di Google Play seperti Greenify atau DU Phone Cooler untuk pantau suhu telefon pintar anda. Sekiranya anda menggunakan telefon pintar Xiaomi (seperti saya), pemantauan suhu dibuat secara automatik dan sekiranya suhu terlalu panas, satu notifikasi akan keluar untuk kita turunkan suhu. 

Ok.

Itulah antara perkara yang boleh kita lakukan sekiranya telefon pintar kita menjadi panas. Setakat ini tiada cara yang dapat menghentikan telefon pintar menjadi panas sepenuhnya. Telefon tetap akan menjadi panas, tetapi kepanasan tersebut tidak lah sehingga menjejaskan keselamatan orang ramai.

Terima kasih kerana membaca Cara Mengatasi Telefon Pintar Panas. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda yang kerap mengalami masalah telefon pintar yang mudah panas.

1 ulasan: Leave Your Comments

  1. Jadi mungkin sebab galaxy note 7 itulah dilarang menaiki pesawat oleh beberapa syarikat penerbangan dunia kini.

    BalasPadam

click tracking