WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menggunakan Kapasiti Penuh Enjin Carian Google


Google adalah satu nama besar dalam dunia internet. Google adalah salah satu daripada enjin carian yang terbaik selain daripada Yahoo!, Bing dan lain-lain. Walaupun ramai orang yang menggunakan enjin carian Google, tetapi tidak ramai yang tahu menggunakan potensi sebenar enjin carian Google dalam mencari maklumat dengan lebih mudah dan efektif.

Saya juga adalah pengguna enjin carian Google. Salah satu sebab saya suka menggunakan Google adalah kerana antara muka enjin carian yang ringkas dan 'ringan' tanpa sebarang iklan yang mengganggu pandangan. Selain itu juga hasil carian yang diberikan oleh Google lebih baik daripada enjin carian yang lain.

Satu artikel berkaitan 10 enjin carian terbaik menyatakan bahawa berdasarkan kajian, 69.5% carian adalah menggunakan enjin carian Google manakala Bing di tempat kedua dengan hanya 25% carian. 

Selebihnya adalah carian dengan menggunakan enjin-enjin carian yang lain. Ini menunjukkan bahawa Google boleh dikatakan mendominasi carta enjin carian sebagai enjin carian terbaik dunia!

Adalah sesuatu yang rugi jika kita tidak menggunakan sepenuhnya potensi yang ada pada enjin carian Google.

Pada kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian Google. Tips ini akan membantu anda memperolehi maklumat yang lebih tepat sepertimana yang anda kehendaki berbanding carian biasa yang hanya taip kata kunci dan tekan 'Search'.

Gunakan tanda (-)

Tanda (-) digunakan sekiranya anda mahukan hasil carian anda tidak termasuk perkataan tertentu. Hasil carian akan memaparkan laman web yang hanya ada perkataan yang dimahukan tanpa perkataan yang anda (-) kan. Ini adalah penting untuk carian yang sekiranya dengan perkataan tersebut akan membawa kepada maksud yang lain.

Gunakan tanda (+)

Tanda (+) digunakan sekiranya anda mahukan carian anda memaparkan hasil carian yang mesti mempunyai perkara atau perkataan tersebut. Ini adalah penting untuk carian yang sekiranya tanpa perkataan tersebut akan membawa kepada maksud yang lain.


Gunakan Quotation ("..")

Sekiranya akan perlukan carian tepat untuk perkataan atau frasa tertentu, anda boleh menggunakan quotation untuk memberi arahan kepada Google supaya mencari laman web yang mempunyai frasa yang sama seperti yang anda mahukan.




Gunakan (*)

Sekiranya anda terlupa sesuatu perkataan, anda boleh gunakan tanda * untuk menggantikan perkataan yang anda lupa. Teknik ini amat baik bagi mereka yang sedang mencari tajuk lagu atau tajuk cerita.




Gunakan (site: )

Sekiranya anda ingin cari sesuatu hanya dalam satu laman web tertentu sahaja, anda boleh taipkan apa yang anda mahukan kemudian diikuti dengan (site: tulis nama lama web yang dimahukan di sini). Hasil carian hanya akan memaparkan maklumat daripada laman web yang dimahukan.




Gunakan (related: )

Teknik (related: ) digunakan sekiranya anda ingin mencari laman web yang sama dengan laman web yang anda tulis.




Gunakan (filetype: )

Jika anda mahukan hasil carian dalam bentuk fail tertentu, anda boleh gunakan teknik (filetype:). Tulis kata kunci yang diperlukan dan diikuti dengan format fail yang diperlukan. Saya kerap menggunakan teknik ini semasa zaman belajar universiti dahulu. Ini akan memudahkan kita untuk mencari dokumen yang berkaitan dengan kerja atau pelajaran yang kita lakukan.




Gunakan Google sebagai kalkulator

Tahukan anda, enjin carian Google sebenarnya oleh dijadikan sebagai kalkulator? Kita hanya perlu tuliskan pengiraan yang kita perlukan dalam bar carian Google, dan enjin carian akan terus kirakan untuk kita!





Cari Menggunakan Gambar


Tahukan anda bahawa kita boleh mencari gambar berdasarkan gambar? Mula-mula, anda perlu pergi ke Google Image dan upload gambar yang anda nak cari. Kemudian tekan butang carian. Enjin carian google akan cari gambar yang sama dari pelbagai laman web.



Ok?

Itulah antara cara yang lebih khusus dalam menggunakan enjin carian Google. Carian menggunakan kaedah-kaedah di atas sebenarnya akan memberikan maklumat yang lebih tepat dengan kehendak kita dan mengenepikan semua maklumat yang tidak berkaitan.

Semoga artikel ini memberikan pengetahuan yang baru kepada anda. Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan Enjin Carian Google. Sekiranya ada teknik lain yang anda tahu tetapi tidak di senaraikan, anda boleh kongsikan di ruangan komen :-)

click tracking