Cara Tukar Fail Dokumen kepada PDF


Cara terbaik untuk mengelakkan dokumen kita daripada ditiru atau diubah oleh pihak ke tiga adalah dengan menyimpannya atau mengedarkannya dalam format PDF. PDF merupakan singkatan kepada Portable Document Format adalah format yang memberikan kemudahan untuk pengguna menyediakan dokumen dalam bentuk cetakan maya.

PDF terdiri daripada 2 jenis iaitu PDF yang dihasilkan daripada fail dokumen atau pun PDF yang dihasilkan melalui proses imbasan (scan). Menghasilkan PDF proses imbasan adalah mudah menggunakan mesin pencetak, tetapi untuk menghasilkan PDF daripada fail dokumen mungkin ada orang yang masih mempunyai masalah ini.

Microsoft Office

Jika anda pengguna Microsoft Office 2010 dan ke atas, anda sebenarnya boleh menyimpan fail dokumen anda sama ada Excel, Word atau Powerpoint terus dalam format PDF. Saya terangkan secara ringkas.


Pilih format PDF untuk simpan fail dalam bentuk PDF. Dokumen asal anda juga perlu anda simpan sebagai dokumen (sama ada .doc atau .docx).



Cara di atas hanya boleh di aplikasikan bagi yang menggunakan Microsoft Office 2010 dan ke atas. Bagi yang menggunakan Microsoft Office 2007, tiada pilihan untuk menyimpan sebagai PDF. Walaubagaimanapun, pihak Microsoft telah mengeluarkan satu Add-On yang membolehkan kita menyimpan fail dalam format PDF. 

Kita hanya perlu muat turun Add-On PDF tersebut di laman rasmi Microsoft kemudian pasang seperti biasa. Setelah pilihan untuk Save As - PDF akan muncul pada Microsoft Office 2007 anda. 

Primo PDF

Selain itu kita juga boleh menggunakan perisian pihak ke tiga untuk menukarkan fail dokumen kepada PDF. Salah satu yang bagus dan kerap saya gunakan adalah PrimoPDF. PrimoPDF boleh dimuat turun dan di pasang secara percuma. Tidak seperti Microsoft Office, cara untuk menggunakan PrimoPDF sedikit berbeza. 

Kita hanya perlu buka fail dokumen yang nak kita tukar kepada PDF dan kemudian tekan Print. Dalam senarai Printer akan terdapat PrimoPDF. Pilih PrimoPDF dan tekan Print. Dokumen anda akan terus di print sebagai PDF.



Tukar Secara Atas Talian


Anda juga ada pilihan untuk menukar format ke PDF secara atas talian. Banyak laman web yang memberikan perkhidmatan tersebut, tetapi antara yang terbaik adalah di PDF Converter. Anda hanya perlu muat naik fail dokumen yang anda ingin jadikan PDF. Jika anda tidak menggunakan komputer anda sendiri untuk menyediakan dokumen PDF tersebut, ini adalah cara yang baik untuk anda cuba.

Itulah 3 cara yang boleh kita gunakan untuk menukarkan fail dokumen kepada PDF. Apakah cara pilihan anda? Kongsikan di ruangan komen :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top