WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mengesan Telefon Pintar Yang Hilang

Cara Mengesan Telefon Pintar Yang Hilang, HP Hilang

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya telefon anda hilang atau dicuri? Telefon pintar anda pastinya ada menyimpan pelbagai maklumat peribadi seperti gambar dan video serta maklumat-maklumat lain. Sekiranya maklumat tersebut jatuh ke tangan orang lain, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku. 

Oleh itu sekiranya telefon pintar anda dicuri, anda perlu lakukan beberapa perkara yang boleh membantu anda mengesan lokasi telefon pintar anda dan mengelakkan maklumat di dalam telefon pintar anda tidak 'dicuri' bersama dengan telefon pintar anda.

Jika anda perasan, setiap kali anda membeli telefon pintar android yang baru, anda dikehendaki untuk log in masuk menggunakan akaun emel Google sebelum anda boleh lakukan lain-lain perkara seperti menggunakan Google Play atau melihat inbox emel anda. Sebenarnya, apabila anda log masuk menggunakan akaun emel Google, pihak Google akan turut mendapatkan lokasi anda berada.

Dari satu sudut pandangan, ianya kelihatan seperti pihak Google tidak menjaga privacy anda kerana secara tidak langsung maklumat lokasi anda akan terdedah, tetapi jika kita lihat dari satu sudut yang berbeza, ianya sebenarnya akan dapat membantu dalam mengesan lokasi telefon pintar anda sekiranya ianya hilang ataupun dicuri.

Android Device Manager

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk membolehkan anda mengesan telefon pintar android yang hilang menggunakan Android Device Manager.

  • Pastikan anda ingat alamat emel Gmail anda dan password.
  • Selain itu, untuk mengesan telefon anda, telefon tersebut hendaklah dalam keadaan ON dan bersambung dengan internet (wifi atau data plan).
  • Jika telefon anda hilang disebabkan oleh kecurian, adalah lebih baik untuk memadam maklumat dalam telefon anda terlebih dahulu berbanding dari menjumpainya semula.
Ok?

Cara mengesan telefon pintar yang hilang yang saya kan kongsikan adalah dengan menggunakan Android Device Manager. Saya pasti hampir 90% (saya agak aje) pengguna telefon pintar android tidak sedar pun akan kewujudan Android Device Manager. Ini adalah kerana kebanyakan pengguna menggunakan telefon pintar hanya sebagai rutin kehidupan seharian dan tidak mengambil peduli akan perkara lain berkaitan dengan telefon pintar mereka. 

Apa itu Android Device Manager?

Saya rasa lebih mudah saya berikan contoh penggunaan Android Device Manager untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada anda. Mula-mula buka Google dan kemudian pada bar carian Google tuliskan "find my phone" atau "where's my phone". Mari kita cuba sama-sama dan lihat hasilnya.

Cara Mengesan Telefon Pintar Yang Hilang, HP Hilang

Ini adalah hasil carian saya. (Ya, saya berada di Johor hehe) 

Anda akan dapat lihat, enjin carian Google dapat mengesan di mana telefon pintar anda berada beserta dengan jenis telefon yang anda gunakan. Semua maklumat ini sebenarnya telah anda maklumkan kepada Google semasa kali pertama anda log masuk dengan akaun Gmail anda. Jika anda telah dapat maklumat seperti gambar di atas, tekan pada peta tersebut dan anda akan dapat lihat paparan yang lebih jelas.

Cara Mengesan Telefon Pintar Yang Hilang, HP Hilang


Anda akan dapat lihat 2 pilihan yang boleh dilakukan dengan telefon pintar yang anda telah kesan. Anda boleh 'Ring' (pilihan no.1) telefon anda sekiranya anda lupa di mana anda letakkan telefon anda di rumah. Telefon anda akan berdering dengan nada penuh selama 5 minit sehingga anda padamkan dengan menekan butang power atau lock. Bagi pengguna yang kerap misplace barang seperti kunci atau telefon pintar adalah lebih baik untuk menggunakan alat pengesan Bluetooth seperti Trackr atau lain-lain alat pengesan yang berada di pasaran.

Anda juga ada pilihan untuk mengunci atau memadam segala data dalam telefon pintar anda (pilihan no.2) sekiranya telefon anda di curi.

Ok?


Adakah orang lain boleh mengesan kedudukan saya?

Maklumat anda sebenarnya tetap dilindungi dengan password. Setiap kali anda ingin mengesan telefon anda, anda perlu log masuk ke dalam akaun Gmail anda. (Anda hanya tidak akan diminta untuk log masuk sekiranya anda menggunakan "always log in" pada komputer anda). Jadi maklumat lokasi anda sebenarnya tetap selamat dan orang lain tidak dapat mengesan anda tanpa alamat Gmail dan password. 

Selain daripada itu, sekiranya anda 'dikesan' oleh orang yang tidak diketahui, anda akan dimaklumkan melalui email dan juga satu notifikasi akan diberitahu oleh Google ke telefon pintar anda.

Ini adalah cara yang mudah untuk kita praktikkan sekiranya kita terlupa di mana kita letakkan telefon ataupun apabila telefon kita di curi.

Cara yang kedua untuk mengesan telefon yang hilang adalah dengan menggunakan laman web PCBS.

Perkhidmatan Sekat Telefon Bimbit Awam (PCBS)

Cara Mengesan Telefon Pintar Yang Hilang, HP Hilang

PCBS adalah satu sistem dalam bentuk laman web yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia bagi menyekat telefon bimbit yang hilang atau dicuri daripada mengakses semua rangkaian selular di Malaysia. PCBS diwujudkan bertujuan untuk melindungi orang awam daripada jenayah jalanan seperti ragut dan memudahkan proses menyekat telefon yang di curi dan serta membantu dalam proses pencarian telefon yang hilang.

Berbanding menggunakan Android Device Manager yang secara relatifnya yang didaftarkan secara automatik menggunaan akaun Gmail, sistem PCBS memerlukan pengguna untuk mendaftar nombor IMEI telefon pintar di laman web PCBS sebelum apa-apa tindakan boleh dilakukan. Sistem PCBS hanya menggunakan nombor IMEI sebagai medium untuk menyekat penggunaan telefon yang dicuri melalui mana-mana pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia. 

Sekiranya telefon pintar anda berjaya ditemui kembali, anda perlu mengaktifkannya semula supaya anda boleh menggunakan telefon anda seperti sediakala.

Perkara yang paling penting untuk menggunakan perkhidmatan PCBS adalah anda perlu daftarkan nombor IMEI anda 'sebelum' telefon anda dicuri. Ini bermakna daftar pada bila-bila masa. Sekiranya telefon anda hilang tetapi anda ingat nombor IMEI telefon pintar anda, anda masih boleh daftar selepas telefon anda dicuri. Jika anda tidak ingat nombor IMEI anda. Anda boleh baca artikel ini cara untuk semak IMEI nombor telefon pintar.

Oh ya, tetapi anda perlu ingat bahawa walaupun telefon anda telah diblok dengan menggunakan sistem PCBS, fungsi telefon anda yang lain (contoh: kamera, video dan lain-lain) masih boleh digunakan dan data peribadi anda masih belum selamat.

Ok.

Bagi saya kedua-dua cara ini saling melengkapi antara satu sama lain. PCBS digunakan untuk menyebabkan telefon tersebut tidak dapat digunakan (dah kena block) manakala Android Device Manager akan menyelamatkan data anda daripada dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Jadi sekiranya telefon anda hilang, gunakan Android Device Manager terlebih dahulu untuk mengesan kedudukan dan memadam data perbadi anda. Kemudian barulah block menggunakan sistem PCBS. 

Terima kasih kerana membaca Cara Mengesan Telefon Pintar Yang Hilang. Saya harap artikel ini dapat membantu anda.


0 comments:

Catat Ulasan

click tracking