Cara Semak Nilai Sebuah Blog


Berapakah nilai blog anda? Jika anda tidak pernah terfikir akan perkara ini, kini anda perlu ambil tahu. Ini adalah kerana tanpa kita sedari, blog kita sebenarnya adalah salah satu daripada ASET kita. Dan setiap aset mempunyai nilai. Lebih popular blog tersebut, pastinya lebih bernilai. Pentingkah untuk kita ketahui nilai blog kita? Pada saya, ada beberapa perkara yang menyebabkan kita perlu semak nilai blog kita antaranya adalah:

  • Untuk mengetahui status blog kita dengan lebih menyeluruh
  • Sebagai indikator matlamat dalam berblog
  • Sebagai pembakar semangat untuk terus berblog
  • Salah satu cara untuk mengetahui status blog saingan kita
  • Sekiranya anda ingin jualkan blog anda, anda boleh jual mengikut anggaran nilai tersebut


Sebagai contoh, blog thevocket.com adalah antara blog yang terkemuka di Malaysia. Berapakah nilai blog tersebut? Secara anggaran, blog thevocket.com bernilai USD 39513. Walaubagaimana pun, nilai ini hanyalah anggaran kasar yang dibuat berdasarkan populariti sesebuah laman web, trafik, backlink dan lain-lain perkara termasuk juga ranking dalam Alexa.




Jadi, berapa pula nilai blog ini? Secara anggarannya, blog ini kini bernilai USD460. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit percanggahan jumlah Unique User berbanding dengan jumlah yang dinyatakan oleh Google Analytics. 




Ok.

Terdapat banyak laman web secara percuma yang boleh menilai blog kita. Antara yang popular adalah:
  1. Worth Of Web
  2. Site Worth Traffic
  3. Site Price


Tetapi adalah diingatkan bahawa ada kebarangkalian nilai yang diberikan oleh setiap laman web adalah berbeza kerana ada laman web yang menyatakan nilai blog ini USD2k dan ada juga yang menyatakan nilainya USD10 sahaja. Ini mungkin disebabkan oleh bagaimana sesuatu blog atau laman web itu dinilai. Dalam banyak-banyak laman web tersebut, saya memilih untuk menggunakan laman web Site Worth Traffic. 

Walau apa pun, saya ingatkan sekali lagi bahawa ini hanyalah sekadar anggaran dan setiap anggaran yang dibuat tidak semestinya tepat dan betul. Jadikanlah anggaran nilai ini sekadar untuk menambahkan semangat kepada kita untuk terus berblog dan memberi manfaat kepada orang lain :-)

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Nilai Sebuah Blog. Laman web penilai mana yang anda gunakan dan berapakah nilai blog anda? Kongsikan diruangan komen ye :-)


3 ulasan:

  1. kita sendiri yang nilaikan.

    itu lebih senang. hoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..mungkin itu yang terbaik..tak kira berapa nilai anggaran blog kita, yang penting ianya tidak ternilai di hati kita..haha

      Padam

Back To Top