WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mengenalpasti Nombor IMEI Bagi Telefon Pintar

cara kenal nombor IMEI

Jika setiap orang mempunyai nombor kad pengenalan, setiap peranti termasuk telefon pintar juga mempunyai nombor Identifikasi yang dikenali sebagai nombor IMEI. IMEI adalah singkatan bagi International Mobile Equipment Identity. Ini bermakna secara umumnya, nombor IMEI adalah 15 digit nommbor identifikasi yang tidak akan sama untuk setiap peranti yang ada dalam pasaran antarabangsa. 

Walaubagaimanapun, nombor IMEI 'mungkin' akan sama sekiranya peranti tersebut adalah merupakan klon kepada jenama lain. Bagi pengguna telefon pintar yang mempunyai 2 atau 3 slot simkad, anda akan mempunyai nombor IMEI bagi setiap slot simkad anda.  

Apakah kegunaan nombor IMEI?

Selain daripada sebagai nombor unik untuk identifikasi setiap peranti, nombor IMEI juga adalah penting untuk mengesan dan menyekat telefon yang di curi. Jadi amat penting untuk pengguna tahu untuk menyemak nombor IMEI peranti mereka dan nombor tersebut perlulah dicatatkan dan disimpan sekiranya diperlukan kemudian hari.

Jadi, bagaimana cara untuk mengenalpasti nombor IMEI telefon anda? Ada beberapa lokasi dimana nombor IMEI bagi telefon anda dicatatkan. Sila perhatikan:

  • Pada kotak pembungkusan telefon anda
  • Pada bahagian dalam bateri (anda perlu off telefon dan cabut bateri)
  • Anda juga boleh semak terus dengan mendail #*06# dan nombor IMEI telefon anda akan terpapar
  • Pada Tetapan - About Phone -Status
cara kenal nombor IMEI



Ok?

Setelah anda tahu nombor IMEI telefon anda, bolehlah anda daftar secara online di PCBS untuk memudahkan telefon anda disekat sekiranya telefon anda dicuri.

Terima kasih kerana membaca Cara Mengenalpasti Nombor IMEI Bagi Telefon Pintar. Sekiranya anda ada masalah untuk menyemak nombor IMEI telefon anda, boleh maklumkan dalam ruangan komen. Saya akan cuba membantu :-)

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking