Sangat pantas masa berlalu. Kini kita telah berada di bahagian ketiga dalam bulan Ramadhan iaitu 10 malam yang terakhir. Di sepertiga Ramadhan ini jugalah dijanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatulqadar.
Malam Alqadar berlaku sepanjang malam bermula dari masuknya waktu Maghrib sehinggalah terbit fajar waktu Subuh. Barangsiapa yang beribadah di waktu tersebut, InsyaAllah akan diberikan ganjaran berganda bagaikan beribadat selama lebih kurang 83 tahun!
Walaupun secara fizikalnya kita mencari Malam Alqadar, tetapi niat dan hakikat beribadah hendaklah tetap kerana Allah sahaja bukan kerana Malam Alqadar. Dapat atau tidak pahala itu semua adalah ketentuan Allah. Sebagai manusia, kita hanya perlu berusaha untuk beribadah dengan sebaiknya :-)
Jika dalam perlawanan bola sepak, ianya ibarat 15 minit terakhir di mana semua pemain akan bermain sehabis-habisnya untuk mendapatkan kemenangan. Begitu jugalah dengan 10 malam terakhir. Kita sepatutnya memperbanyakkan lagi ibadah di 10 malam terkahir ini untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.
Saya mengingatkan diri saya dan anda semua untuk terus memanfaatkan 10 malam terakhir. Ini adalah cara memanfaatkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.Â
Solat tarawikh
Jika kita perhatikan, semakin hujung bulan Ramadhan, semakin kurang juga saf-saf terawikh. Sesiapa yang sentiasa bertarawikh setiap malam sepanjang 10 terakhir Ramadhan, InsyaAllah mereka akan dapat beribadat di Malam Alqadar.Â
Berdoa di dalam sujud
Waktu sujud adalah antara masa yang mustajab untuk berdoa, jangan sesekali lupa untuk berdoa semasa dalam sujud semasa kita solat. Waktu bersujud adalah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah S.W.T
Baca Al Quran
Perbanyakkan membaca Al Quran sebelum masuk tidur dan juga di waktu sahur. Dengan memperbanyakkan membaca di waktu ini semasa 10 malam terakhir, InsyaAllah kita akan dapat membaca Al Quran di Malam Alqadar.Â
Qiamullail
Berusaha untuk bangun malam dan solat tahajjud. Solat tahajjud juga masih boleh dilakukan di waktu sahur. Sebelum tidur hendaklah kita berniat untuk bangun awal sedikit sebelum sahur untuk diperuntukkan waktu bagi melaksanakan solat tahajjud.
Perbanyakkan Zikir dan berselawat
Sentiasa berzikir dan berselawat. Zikir dan selawat amatlah ringan dilidah tetapi amat berat dalam timbangan mizan Allah di akhirat kelak. InsyaAllah.
Perbanyakkan Istigfar
10 malam terakhir adalah waktu di mana kita diminta untuk memohon pelepasan daripada api neraka. Salah satu cara adalah dengan memperbanyakkan Istigfar sebagai tanda memohon keampunan segala kesalahan kita kepada Allah.Â
Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat beribadah di Malam Alqadar. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berusaha dan mendapat keampunan serta pelepasan dari api neraka.
Aminnn.. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan