Cara Mengiklankan Bisnes Di Lynk.my secara Percuma


Boleh ke mengiklan di Lynk.my secara percuma? Jawapannya boleh, tapi boleh dengan bersyarat. Sebelum saya bincangkan cara mengiklan di Lynk.my secara percuma, elok rasanya saya terangkan serba sedikit tentang Lynk.my.

Lynk.my adalah satu - satunya laman web Malaysia yang memberikan perkhidmatan memendekkan URL, perkhidmatan pengiklanan dan juga memberi peluang untuk kita menjana pendapatan. Tiga perkara inilah yang menjadikan Lynk.my menarik dan juga unik serta menarik perhatian ramai Blogger di Malaysia.

Memendekkan URL

Lynk.my bukan sahaja memendekkan URL, tetapi dalam masa sama akan mengesan keberkesanan link URL yang kita pendekkan secara statistik. Kita akan dapat mengetahui kekerapan link tersebut di klik oleh para pembaca. Ini amat membantu kita dalam membuat pemasaran affiliate dan juga memantau keberkesanan pemasaran affiliate kita.

Pengiklanan

Jika anda menyertai Lynk.my, anda akan diberikan 2 akaun secara automatik iaitu akaun Publisher dan juga akaun Advertiser. Jika anda ingin mengiklankan blog, laman web atau perniagaan anda, anda boleh log masuk ke bahagian Advertiser dan membuat tetapan untuk iklan anda.

Menjana Pendapatan

Siapa yang tidak teruja apabila diberikan peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan cara yang lebih mudah? Lynk.my memberikan kita peluang menjana pendapatan dengan menggunakan perkhidmatan memendekkan URL yang disediakan. Setiap link yang di klik akan memaparkan iklan ringkas dan kita akan dibayar 1 sen untuk setiap klik. Bayangkan jika setiap hari kita dapat 100 klik, dalam satu bulan kita sudah menjana pendapatan sebanyak RM30 tanpa melakukan banyak kerja.


Ok?

Kita teruskan dengan cara mengiklankan bisnes di Lynk.my secara Percuma. Pertama sekali yang perlu anda fahami adalah PERCUMA tidak bermaksud anda tidak perlu bayar untuk mengiklan di Lynk.my tetapi lebih tepat adalah sumber bayaran bagi pengiklanan tidak mengambil duit dari poket utama anda.

Lihat infografik ini untuk lebih memahami konsep yang saya perkatakan :-)



Mudah bukan?

Jadi tunggu apa lagi. Jom sama-sama gunakan Lynk.my untuk menjana pendapatan dan juga mengiklankan bisnes kita secara 'Percuma' di Lynk.my!

Terima kasih kerana membaca Cara Mengiklankan Bisnes Di Lynk.my secara Percuma. 

4 ulasan:

Back To Top