WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menonton Telefon Pintar Android di TV


Saya pasti di dalam telefon pintar anda ada pelbagai video dan gambar menarik. Video kenangan bersama keluarga dan anak-anak, kenangan terindah semasa pergi bercuti dan lain-lainnya. Tetapi, alangkah baiknya jika gambar dan video tersebut boleh disambungkan ke TV anda untuk ditonton pada skrin yang lebih besar dan boleh dilihat bersama dengan ahli keluarga yang lain. :-)

Bagi yang mempunyai TV LCD atau LED, tahukah anda bahawa anda boleh sambungkan telefon pintar anda ke TV anda untuk menonton apa sahaja yang ada pada telefon pintar anda? Pada kali ini, saya akan kongsikan 2 cara paling mudah untuk kita sambungkan telefon pintar atau tablet kita ke TV.

Tetapi sebelum itu, ini adalah spesifikasi yang mesti ada pada TV anda untuk membolehkan sambungan ke telefon pintar dapat di lakukan.

  • HDMI port
  • USB port
2 perkara ini sahaja yang perlu ada untuk kita melakukan sambungan. 2 cara untuk menyambungkan adalah dengan menggunakan kabel dan secara wifi.


Sambungan menggunakan kabel MHL

Perkara pertama yang perlu anda faham adalah MHL kable bukanlah kabel micro HDMI. Label MHL adalah label khas untuk menyambungkan peranti android dengan TV. Kebaikan menggunakan label MHL adalah harganya yang murah dan sangat mudah untuk digunakan. Kita hanya perlu plug and play tanpa setting tertentu. Kabel MHL hanya perlu disambungkan pada port micro USB telefon anda dan disambungkan satu lagi ke kabel HDMI.

Tetapi penggunaan kabel MHL adalah sangat terhad kepada jenis telefon pintar tertentu. Tidak semua telefon pintar boleh menggunakan kabel MHL untuk disambungkan pada TV. Bagi menyemak sama ada telefon anda boleh menggunakan kabel MHL atau tidak, anda boleh semak di laman MHLTech.

Semak terlebih dahulu barulah anda boleh beli kabel MHL. Paling mudah beli di Lazada.

Sambungan WiFi

Jika anda tanya saya, sambungan secara WiFi akan menjadi pilihan saya. Ini adalah kerana sambungan WiFi tidak memerlukan apa apa kabel dan nampak lebih kemas. Cara paling mudah untuk menonton telefon pintar anda di TV dengan sambungan WiFi adalah dengan menggunakan Chromecast 2. Jika anda tidak tahu apa itu Chromecast 2, anda boleh baca berkenaan Chromecast 2 di artikel ini.


Kita hanya perlu sambungkan Chromecast 2 pada TV dan pasangkan aplikasi Google Cast, kita sudah boleh tonton telefon pintar android kita di TV. Apa yang saya suka menggunakan Chromecast 2 adalah tetapannya yang sangat mudah.


Itulah 2 cara paling mudah yang boleh kita lakukan untuk menonton telefon pintar android di TV. Yang mana satukah menjadi pilihan anda?

Nyatakan pilihan anda di ruangan komen :-)


0 comments:

Catat Ulasan

click tracking