Cara Mengenalpasti Skim Cepat Kaya

skim cepat kaya

Tiada siapa yang tak nak cepat kaya raya kan? Pastinya jika diberikan peluang, setiap orang nakkan kaya cepat dengan kerja yang paling minimum. Itulah yang banyak diperjuangkan oleh skim cepat kaya. Mereka pandai bermain dengan nafsu manusia yang tamakkan kekayaan dan kurang kesyukuran dalam mengambil kesempatan atas kelemahan dan kecuaian orang lain.

Skim cepat kaya bukan sahaja banyak menipu orang-orang kampung, tetapi banyak juga orang yang berkelulusan tinggi terpedaya dengan skim cepat kaya ini. Kelulusan akademik bukanlah kayu pengukur untuk seseorang itu terpedaya dengan skim cepat kaya atau tidak.

Di dalam berita baru-baru ini, lebih 1000 orang ditipu oleh skim cepat kaya di Pulau Pinang yang membabitkan kerugian kira-kira 15 juta. Dalam kebanyakan kes, duit yang pelabur tertipu tidak akan dapat kembali. 

Jika kita melihat sejarah Skim Cepat Kaya, kes skim cepat kaya Pak Man Telo adalah antara yang paling popular di Malaysia. Penipuan Pak Man Telo yang didalangi oleh Osman Hamzah telah bermula sejak tahun 1972 dan membabitkan lebih 50000 orang yang tertipu. Penipuan Pak Man Telo telah terbongkar pada tahun 1987 dan akhirnya dia dihukum buang daerah.

Ok? 


Jadi, apa sebenarnya skim cepat kaya?

Secara mudahnya, skim cepat kaya adalah satu sistem pelaburan yang diperkenalkan oleh sesebuah syarikat atau mana-mana individu, yang menawarkan kadar pulangan pelaburan yang tinggi, dalam jangka masa pendek, tanpa sebarang risiko dan tanpa memerlukan pelabur buat apa-apa.

Secara logiknya, mana-mana pelaburan tidak dapat memberikan pulangan pelaburan yang agak tinggi kecuali dalam perdagangan saham dan perniagaan. Tetapi kedua-duanya mempunyai risiko yang tinggi.  


Ok? Berbalik kepada tajuk kita..


Cara Mengenalpasti Skim Cepat Kaya

1. Pulangan terlalu tinggi

Menurut pakar kewangan Azizi Ali, tiada pelaburan yang memberikan pulangan yang terlalu tinggi malah pelabur bertaraf dunia seperti Warren Buffet pun mendapat keuntungan daripada pelaburan kurang daripada 35%. Jadi jika ada mana-mana individu atau syarikat yang menawarkan pulangan sehingga 100% atau lebih, maka anda perlulah berhati-hati.

2. Terlalu mudah untuk sertai

Skim cepat kaya biasanya amat mudah disertai. Hanya berikan duit kepada wakil skim cepat kaya, anda akan dapat sertai serta merta. Jika ada apa-apa pendaftaran pun, pastinya amat ringkas. Ini adalah sangat berlawanan dengan institusi pelaburan yang tulen, banyak perkara yang perlu di sediakan untuk memulakan sesuatu pelaburan. 

3. Tiada Risiko

Dalam penerangan skim cepat kaya, biasanya tidak menceritakan sebarang risiko pelaburan atau mereka akan menyatakan tiada sebarang risiko. 

4. Pulangan Dalam Jangka Masa Yang Singkat

Tambahan kepada kadar pulangan pelaburan yang tinggi, skim cepat kaya akan menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat. Mereka biasanya akan menyatakan pelabur akan mendapat pulangan dalam masa beberapa minggu atau bulan sahaja. Secara umumnya, tiada pelaburan yang dapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat. 


5. Tiada Penerangan Jelas

Skim cepat kaya biasanya hanya menekankan bahawa anda akan jadi kaya jika melabur dengan mereka. Mereka tidak akan menyatakan jenis pelaburan yang dilakukan atau kepada siapa duit anda akan dilaburkan. Apatah lagi dengan strategi pelaburan, prospek pelaburan, statistik, laporan kewangan, atau lain-lain perkara.

6. Dikaburi dengan Gambar Kemewahan

Jika seseorang datang dan menunjukkan gambar kemewahan mereka apabila melabur dengan sesuatu pelaburan, anda perlu berhati-hati. Mereka sebenarnya hanya ingin mempengaruhi nafsu dan ketamakan dalam hati anda untuk sertai pelaburan mereka.


Cara Mengelakkan diri dari terkena skim cepat kaya

1. Nothing Perfect

Sedarlah, tiada satu pun dalam dunia ini sempurna. Begitu juga dengan mana-mana pelaburan. Jika tawaran yang diberikan terlalu baik dan terlalu sempurna. Adalah lebih baik anda menjauhi pelaburan seperti ini.

2. Banyak tanya soalan

Jika ada orang datang kepada anda untuk menerangkan sesuatu, banyakkan bertanya soalan berkaitan asal usul syarikat atau pelaburan, nama dan alamat syarikat dan lain-lain. 

3. Bersyukur

Kawal sifat tamakkan harta dan bimbinglah hati untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Sifat syukur dapat menahan diri dari melakukan sesuatu diluar batasan logik akal.

4. Minta Nasihat Orang ketiga

Jika ada orang menawarkan anda sesebuah pelaburan, minta pandangan orang lain dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan, terutamanya jika keputusan anda untuk menyertai pelaburan tersebut. Pandangan orang lain amat berguna dalam situasi ini kerana anda mungkin akan dapat pandangan yang berbeza berkaitan pelaburan tersebut. Dua buah fikiran lebih baik daripada satu.


5. Semak dengan pihak berkuasa

Bagi membuat semakan mana-mana institusi kewangan atau pelaburan, kita boleh membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia.


6. Elakkan pelaburan melalui internet

Skim capat kaya era baru adalah hanya melalui internet. Sebelum melakukan apa-apa pelaburan di internet, pastikan anda semak atau tanya dengan pihak berkuasa sebelum membuat apa-apa transaksi. Sebaik-baiknya, elakkan pelaburan melalui internet.

Kesan Skim Cepat Kaya

1. Keretakan rumah tangga

Kerugian yang besar apabila menyertai skim cepat kaya boleh memporak perandakan keluarga dan kehidupan kita.

2. Malas bekerja

Orang yang menyertai skim cepat kaya akan mula berangan-angan dengan pulangan yang akan diperolehi dan menyebabkan mereka mula malas untuk bekerja. 

Ok?

Itulah dia sedikit sebanyak tentang skim cepat kaya dan bagaimana untuk mengenalpasti skim cepat kaya. Saya harap, kita semua tidak terjebak dalam sebarang jenis skim cepat kaya sama ada dalam bentuk pelaburan ataupun skim gores dan menang. 

Jika anda perlukan duit lebih, saya cadangkan anda baca artikel Cara Menambah Pendapatan 2016. Mungkin ada salah satu cara yang boleh membantu anda menambah pendapatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top