Anak anda suka tengok YouTube? Tidak salah jika menggunakan gajet sebagai medium pembelajaran anak anak. Tetapi kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa membuat pemantauan apa yang ditonton oleh anak anak kita.Â
Selain itu juga, kita perlu kawal penggunaan gajet pada anak kita supaya anak kita tidak ketagih dengan gajet sehingga mengabaikan permainan secara fizikal. Kerana pembelajaran secara fizikal itu jauh lebih baik berbanding pembelajaran menggunakan gajet.
Seperti yang anda tahu, dengan menggunakan YouTube kita boleh mendapatkan pelbagai jenis video dari yang berbentuk pendidikan sehinggalah kepada video yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang baru mula berfikir (orang dewasa pun kadang tak sesuai tengok juga sebenarnye).Â
Video-video seperti itu biasanye hanya untuk menarik orang dan pembuat video akan dapat duit dengan video tersebut. Oleh itu kite perlu sentiasa pantau video yang ditonton oleh anak kita di Youtube.
Perkara ini sangat penting untuk diberi perhatian kerana daya ingatan kanak-kanak sangat tajam dan dikhuatiri sekiranya mereka menonton sesuatu yang tidak elok akan menyebabkan mereka terikut ikut dengan apa yang mereka tonton. Jika tontonannya baik, insyaAllah mereka akan ikut yang baik.
Baru baru ini kecoh berkaitan video Elsa dan Spiderman yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Saya sudah lama sedari kewujudan video ini semasa anak saya menonton video Surprise Egg dan di bahagian kanan senarai video cadangan, salah satu adalah video tersebut.
*Saya sendiri tidak gemar anak saya tengok video Surprise Egg. Lebih baik tengok cerita Upin dan Ipin yang jauh lebih bermanfaat.
Ok?
Bagi yang risau kerana anak gemar menonton YouTube tetapi kurang masa untuk membuat pemantauan apa yang di tonton oleh anak mereka, sebaik baiknya, hadkan carian video dengan menggunakan Restricition Mode. Saya kongsikan cara untuk setkan Restriction Mode bagi yang menggunakan aplikasi YouTube di android dan juga laman web YouTube.
Aplikasi Android
Jika anda menggunakan aplikasi Youtube di telefon android, buka pada bahagian Setting dan setkan On bagi Restriction Mode.
Walaubagaimanapun, pihak Youtube sendiri menyatakan bahawa walaupun kita menggunakan Restriction Mode, tidak 100% video akan ditapis kerana ia juga bergantung juga kepada faktor-faktor yang lain. Tetapi setidak-tidaknya kita mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan anak kita terdedah dengan video yang tidak baik.
Laman Web
Jika anak anda menonton Youtube di komputer atau laptop melalui web browser, anda hanya perlu scroll ke bahagian bawah page Youtube dan anda akan dapat lihat butang untuk On dan OFF Restriction Mode.
Bagi memahami lebih lanjut berkaitan Restriction Mode, tonton video ini.
Restriction Mode Manual
Secara jujurnya setelah saya menggunakan Restriction Mode, video tersebut masih juga keluar dibahagian video cadangan. Ini mungkin kerana pihak Youtube menganggap bahawa video tersebut tidak perlu di 'restric' kerana tiada unsur yang menyalahi etika Youtube.
Oleh itu, bagi saya, 'Restriction Mode' terbaik adalah dengan bersama dengan anak kita setiap kali mereka menonton YouTube. Ianya bukan sahaja dapat mengawal apa yang anak-anak kita tonton malah, kita juga dapat menerangkan tentang apa yang mereka sedang tonton.Â
Sebagai contoh, anak menonton cerita Upin Ipin, ibu atau ayah boleh berinteraksi bersama anak apa yang dilakukan oleh Upin Ipin di dalam video yang mereka tonton. Tanya soalan kepada anak seperti "Apa yang ipin buat tu?" , "Kenapa ipin sedih?" Dalam masa sama terangkan nilai-nilai yang terdapat dalam cerita itu. Dari situlah pembelajaran sebenar untuk anak anak dan bukannya meniru sebijik sebijik apa yang Upin Ipin lakukan dalam video tersebut.
Sekadar perkongsian dan pendapat saya. Jika ada terkurang dan tersalah mohon ditegur dan dimaafkan. Terima kasih kerana membaca Cara Set Restriction Mode Pada Youtube.Â