Cara Tukar Telco kepada Digi Secara Online


Sistem Mobile Number Portability adalah satu sistem yang membenarkan kita untuk menukar pembekal Telco tetapi tetap menggunakan nombor yang sama. Sistem ini telah dibangunkan dan mula digunakan sejak 2010 dan pengguna bebas memilih dah berpindah kepada Telco yang lebih baik dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sebagai contoh baru baru ini pihak celcom telah menawarkan pakej 10G dengan kadar hanya RM80, ramai yang berpindah dari Telco lain ke Celcom. MNP ini juga menyebabkan para pembekal Telco terpaksa berhempas pulas memberikan promosi yang terbaik untuk menarik pengguna kekal kepada syarikay mereka.

Bagi saya sendiri, ada beberapa aspek yang akan menyebabkan seseorang itu berpindah ke Telco lain:


1. Bayaran

Ada pengguna yang beralih Telco kerana Telco yang sedia ada mengenakan banyak hidden charges yang tidak diberitahu semasa pendaftaran. Tetapi saya perhatikan sekarang semua Telco sudah tidak mengenakan cas bersembunyi.

2. Data Internet

Kuota Data Internet adalah perlawanan pihak pembekal Telco pada masa kini. Pengguna kini lebih cenderung memilih pembekal yang memberikan kuota data internet terbanyak pada kadar yang paling berbaloi. Ini adalah kerana, zaman SMS sudah hampir kepenghujungnya. Orang lebih gemar menggunakan media social seperti Facebook, WhatsApp dan sebagainya sebagai medium untuk berkomunikasi dan semua ini hanya boleh dilakukan dengan data internet. Daripada terpaksa berjimat kuota data internet, baik melanggan plan data internet yang terbaik dan berbaloi.

Sesuatu yang saya jangkakan beberapa tahun lalu telah berlaku sekarang iaitu data internet kini telah boleh dibawa ke hadapan jika tidak habis digunakan. Ini merupakan satu penambahbaikan yang pada saya cukup baik untuk pengguna.

3. Coverage

Coverage adalah satu lagi faktor yang menyebabkan orang berpindah ke pembekal Telco lain. Ada pembekal yang tidak menaiktaraf tahap coverage mereka. Malah ada lagi kawasan yang tidak mendapat talian 3G walaupun kebanyakan Telco sudah sibuk untuk berlawanan untuk membekalkan talian 4G. Untuk pemeriksaan coverage anda boleh layari laman OpenSignal - Semak Coverage.


Ok?

Kembali kepada topik utama. Saya mengambil keputusan untuk menukar pembekal Telco saya ke Digi atas sebab coverage. Hanya Digi yang dapat talian 3G di kawasan saya ini. Bagi yang ingin menukar nombor telefon bimbit anda ke Digi tetapi tiada masa untuk ke Digi Center, kita sebenarnya boleh lakukannya secara atas talian.

  1. Langkah pertama pergi ke laman Switch To Digi.
  2. Pilih sama ada anda postpaid atau prepaid. Bagi kes saya adalah prepaid. 
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.
  4. Pihak Digi akan menghubungi anda dalam masa 24jam untuk pengesahan permohonan 
  5. Pihak Digi akan poskan simkad anda ke alamat yang anda daftarkan.
  6. Setelah simkad diterima, telefon Digi Helpline menggunakan no.telefon Telco sedia ada anda untuk mengaktifkan simkad Digi anda.
  7. Anda akan bercakap dengan Operator dan pengesahan kali kedua akan dilakukan. 
  8. Setelah itu pihak Digi akan aktifkan simkad anda dalam masa 24jam.
  9. Tukar simkad baru Setelah simkad Telco anda yang lama deactivated. 
  10. Secara keseluruhannya, ia memakan masa lebih kurang 3 hari bekerja dari masa permohonan online sehingga simkad aktif.

Tidak dinafikan, jika walk in mungkin lebih cepat berbanding buat secara online, tetapi bagi yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Digi Center, ini adalah satu alternatif yang baik.


Nak tukar ke Telco lain? Ini laman webnya:



Tapi setahu saya, selain Digi, semua yang nak tukar ke Telco lain hanya boleh dilakukan di Telco Centre atau Authorized Dealer, tidak boleh dilakukan secara atas talian. Jika saya salah mohon betulkan ye ;-)

Terima kasih kerana membaca Cara tukar Telco ke Digi secara online. Ceritakan pengalaman anda bertukar Telco sekiranya ada ;-)
Back To Top