Cara Mendidik Anak Supaya Kurang Terpengaruh Kepada Gadjet


Gajet secara umumnya bukanlah sesuatu yang tidak baik jika ianya digunakan dengan cara yang betul. Gajet seperti telefon pintar dan tablet semakin hari semakin besar pengaruhnya dalam kehidupan berkeluarga dan juga komunikasi antara ahli keluarga.

Di sini saya kongsikan 5 cara asas untuk mendidik anak supaya kurang terpengaruh kepada gajet:

1. Kerap bermain dengan anak

Salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu bapa untuk mendidik anak agar mereka kurang terpengaruh kepada gajet adalah dengan kerap bermain dengan anak-anak. Anak-anak memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa dan jika mereka tidak memperolehinya, mereka akan cuba mendapatkannya daripada pengaruh luar seperti gajet. 

2. Board game

Bagi anak-anak seawal 1 tahun sehingga 5 tahun, adalah lebih utama untuk ibu bapa menyediakan permainan yang berbentuk fizikal. Permainan fizikal membolehkan mereka bergerak sambil bermain, berbanding menggunakan gajet yang kebanyakan anak-anak hanya akan duduk setempat. Bagi anak-anak yang sudah mula pandai mengeja, sediakan permainan fizikal yang bermanfaat seperti Sahibba atau Bongle. Adalah lebih baik jika ibu bapa juga turut meluangkan sedikit masa bermain bersama anak-anak.

3. Home library

Tabiat membaca perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Cara paling mudah untuk membentuk tabiat membaca adalah dengan memberikan contoh tabiat membaca kepada anak-anak. Ini bermakna, ibu bapa perlu rajin membaca untuk membentuk peribadi cinta ilmu dikalangan anak-anak. Langkah permulaan bagi membentuk tabiat ini adalah dengan menyediakan satu sudut bacaan keluarga yang terdiri daripada buku-buku ibu bapa dan juga buku-buku untuk anak-anak. 

4. Buku dan Pen

Anak-anak sudah mula pandai bermain dengan pen sejak seawal umur setahun lebih. Biarkan mereka menconteng di kertas dan meluahkan seni yang mereka ada di atas kertas. Ini adalah lebih baik daripada bermain aplikasi Paint dalam telefon pintar atau tablet.

5. Tetapkan jadual

Setiap perkara memerlukan jadual agar lebih mudah dikawal dan dipantau. Ini termasuklah penggunaan gajet oleh anak-anak kita. Sediakan jadual harian atau jadual mingguan penggunaan gajet oleh anak-anak kita. Sediakan juga waktu tanpa gajet setiap hari seperti ketika waktu makan agar ketika itu ibu bapa boleh menasihati dan menerangkan perkara-perkara penting kepada anak-anak.

Begitulah cara asas untuk mendidik anak supaya kurang terpengaruh kepada gajet. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

[Bacaan Tambahan : Cara Menegur dan Menasihati Anak-Anak]


Terima kasih kerana membaca Cara Mendidik Anak Supaya Kurang Terpengaruh Kepada Gadjet. Berikan pendapat serta komen anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top