Cara Baiki SmartTag Yang Rosak


Betul ke Smart Tag versi yang baru mudah rosak? Baru baru ini heboh di media social berkaitan masalah Smart Tag yang selalu bermasalah dan juga berkaitan dengan kualitinya dikatakan menurun. Isu ini sebenarnye sudah agak lama. Jika kita buat sedikit carian, isu ini pernah di utarakan dalam salah satu blog post Denaihati pada Jun 2014 yang bertajuk Smart Tag baru yang sangat menyusahkan.

Saya tidak dapat memberikan sebarang komen berkaitan Smart Tag yang mudah rosak kerana saya tidak pernah menggunakan Smart Tag. Semua perjalanan yang saya lakukan hanya menggunakan kad Touch n Go sahaja. Lebih mudah lagu Touch n Go yang saya gunakan menggunakan kad pengenalan sendiri. Saya lebih selesa menggunakan Touch n Go.

Menjawab kepada persoalan yang bertubi-tubi dari pengguna, pihak PLUS cuba untuk menangani masalah ini dengan menggunakan perkhidmatan Poslaju bagi memudahkan penghantaran Smart Tag yang rosak untuk diperbaiki.

Bagi saya ianya adalah langkah yang baik daripada pihak PLUS untuk menangani masalah ini tetapi lebih baik lagi sekiranya dalam masa sama pihak PLUS mengambil langkah proaktif untuk menyelidik putca sebenar masalah ini berleluasa sebagai contoh menyiasat pembekal peranti Smart Tag itu sendiri. Saya pasti pihak PLUS akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini agar ianya tidak berpanjangan.

Di bawah saya sertakan aturcara penghantaran Smart Tag kepada PLUS untuk proses pembaikan. Secara umumnya, bagi yang telah tamat tempoh waranti perlu membuat bayaran dan bagi yang dalam waranti pembaikan adalah percuma. Anda juga boleh muat turun cara baiki Smart Tag ini di laman web TouchnGo.




Bagi yang mempunyai Smart Tag yang rosak, boleh lah hantar melalui pos untuk diperbaiki. Jika rasa leceh nak pos, gunakanlah Touch n Go sahaja ;-)


Back To Top