Cara Mengurus Wang Gaji Untuk Orang Makan Gaji


Cara Mengurus Wang Gaji Untuk Orang Makan Gaji. Tidak kira kita bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan, orang yang menerima gaji tetap setiap bulan adalah dalam kategori orang makan gaji. Tetapi betulkah bahawa pengurusan wang gaji orang makan gaji kurang baik berbanding dengan orang yang berniaga? 

Jika dipandang dari satu sudut, orang makan gaji selalu merasakan diri mereka berada dalam zon selesa dan menganggap mereka akan dapat gaji setiap hujung bulan. Berbanding dengan orang yang berniaga, jika tidak berniaga, pastinya tiada gaji diperolehi untuk bulan tersebut.

Sebenarnya, tidak kira apa pekerjaan kita, pengurusan kewangan adalah penting untuk menjamin kehidupan masa sekarang dan masa hadapan. Jika anda lihat dari mana-mana buku pelaburan, blog pelaburan atau dari laman AKPK sendiri, pengurusan kewangan itu terdiri daripada 3 aspek iaitu:

  • Simpanan
  • Perbelanjaan
  • Pelaburan / Hutang

Simpanan

Simpanan haruslah dilakukan sejurus gaji diterima bukannya simpan lebihan gaji selepas digunakan. Nombor keramat 10 peratus (minimum) adalah nilai yang terbaik untuk memulakan simpanan setiap bulan. Sebaik-baik simpanan adalah dilakukan secara automatik terus ke akaun simpanan dan akaun tersebut adalah akaun yang agak sukar untuk dikeluarkan. Jika anda baca buku kewangan, kebanyakan daripadanya menyarankan kita untuk menyimpan 3 hingga 6 bulan dari jumlah keperluan bulanan kita. 

Sebagai contoh, jika keperluan bulanan kita RM2000, jadi kita perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM6000 hingga RM12000 dalam simpanan kita sebagai backup sekiranya apa-apa berlaku pada kita. Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita ada masa 6 bulan untuk bertahan tanpa gaji dan berusaha untuk mendapatkan pendapatan baru. Ini amatlah penting terutamanya jika sumber kewangan keluarga kita hanya dari satu sumber sahaja.  

Perbelanjaan

Duit untuk perbelanjaan bulanan adalah baki duit selepas simpanan dibuat. Dalam berbelanja, tiada cara lain untuk menjadi pengguna yang bijak adalah dengan membuat bajet bulanan. Kenalpasti semua bil-bil, perbelanjaan harian dan perbelanjaan berkala yang diperlukan setiap bulan. Bahagikan setiap kategori perbelanjaan dengan nilai yang diperlukan. Ada banyak cara untuk melakukan bajet. Anda boleh lakukan secara bertulis, menggunakan aplikasi atau dengan menggunakan sistem sampul.  

Setelah bajet dilakukan, kita perlu rekod atau simpan semua resit pembelian untuk memastikan kita tahu keluar masuk duit kita setiap bulan. Bajet bukanlah sesuatu yang rigid, ianya kadang kala berubah mengikut keadaan dan situasi semasa anda.

Pelaburan / Hutang

Ramai yang bertanya sama ada perlu bayar hutang dahulu atau buat pelaburan. Bagi saya, jika hutang tersebut adalah hutang berjadual dan ada lebihan wang untuk membuat pelaburan, kita boleh lakukan pelaburan beserta membayar hutang bulanan. Tetapi jika tiada lebihan wang, saya sarankan untuk buat bayaran hutang terlebih dahulu, kemudian apabila hutang telah selesai, duit bayaran hutang disalurkan pula dalam pelaburan ataupun memulakan perniagaan. 

Saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang pelaburan dan pengurusan kewangan, tetapi banyak perkongsian ilmu kewangan saya belajar daripada buku dan laman web. 

Antara buku yang saya baca adalah:


dan banyak lagi..(seronok baca buku pasal duit ni..haha)

Laman web kegemaran saya berkaitan dengan pelaburan dan kewangan:


Saya percaya, wang gaji jika diuruskan dengan baik akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyediakan simpanan, perbelanjaan dan juga pelaburan. Bagi yang masih samar-samar, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan menambahkan ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Carilah dari mana-mana sumber sama ada buku atau laman web kerana saya percaya hampir semua pakar kewangan mempunyai nasihat yang hampir sama.

Terima kasih kerana membaca Cara Mengurus Wang Gaji Untuk Orang Makan Gaji. Bagaimana cara anda mengurus wang gaji anda? Kongsikan di ruangan komen :-)
Back To Top