Cara Book Hotel Murah Dengan Aplikasi Hotel Quickly



"Wow!". Inilah yang terdetik dalam hati saya semasa membaca cerita yang dikongsikan oleh Tuan Muhammad Atif. Beliau menceritakan bagaimana untuk mendapatkan harga murah hotel dengan menggunakan satu aplikasi android iaitu Hotel Quickly. Saya pun terus mencuba untuk menggunakan aplikasi Hotel Quickly ini. 

Ok.. Back to basic..

Apa itu Hotel Quickly?

Hotel Quickly adalah aplikasi untuk tempahan hotel-hotel di sekitar Asia. Setakat ini, terdapat agak banyak hotel-hotel dari 16 buah negara Asia tersenarai dalam aplikasi Hotel Quickly. Negara-negara yang tersenarai adalah Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Macau, MALAYSIA, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam dan pihak Hotel Quickly akan menambah senarai hotel dari semasa ke semasa. Walaubagaimana pun, apa yang saya perhatikan, hotel-hotel yang tersenarai tidak banyak jika dibandingkan dengan sistem tempahan hotel yang lain seperti Agoda, Booking.com dan lain-lain.

Jika tidak banyak hotel yang tersenarai, apa yang menariknya dengan Hotel Quickly?

Apa yang menarik tentang aplikasi Hotel Quickly ini adalah sistem kod, baucer dan diskaun yang diberikan jika kita membuat tempahan menggunakan aplikasi ini. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tempahan hotel, anda boleh masukkan kod 'MZAHRAN' untuk mendapat diskaun serta merta sebanyak RM40. Lagi banyak kita membuat tempahan hotel menggunakan aplikasi ini, lebih banyak diskaun yang akan diberikan.

Apps 'Hotel Quickly' Jadikan Percutian Anda Jimat Dan Mudah

Seorang pengguna aplikasi ini iaitu Tuan Muhammad Atif kerap membuat tempahan hotel melalui aplikasi ini dan harga yang beliau dapat amat memeranjatkan. Bayangkan, beliau cuma membayar RM5 untuk menginap di hotel 4 bintang di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah dapat harga RM30 untuk hotel 4 bintang dan RM80 untuk hotel bertaraf 5 bintang. 

Bagaimana nak dapatkan harga-harga hotel di Asia macam tu? 

Anda ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi HOTEL QUICKLY pada telefon bimbit anda samada melalui Apple Store atau Google Play Store. Boleh juga klik link http://bit.ly/hotel_quickly
  2. Daftar akaun secara percuma guna akaun Facebook anda.
  3. Selepas berjaya daftar, klik ikon 'TIGA LINE BERINGKAT' pada sebelah kiri atas skrin telefon anda.
  4. Pergi ke KREDIT dan klik REDEEM VOUCHER.
  5. Masukkan kod promosi "MZAHRAN" dan klik REDEEM VOUCHER (hanya boleh ditebus dalam masa 24 jam selepas anda download aplikasi Hotel Quickly. Jadi, cepat-cepat redeem code ini walaupun anda belum set date untuk stay di hotel yang anda pilih selepas download. Jika tidak, rugi voucher RM40.
  6. Selepas klik, anda akan dapat kredit percuma bernilai RM40.
  7. Dari situ, anda akan dapat lihat harga-harga hotel selepas ditolak dengan diskaun voucher RM40. Jika tiada perubahan harga, anda perlu ke Setting dan pilih "Show room price including credit".
  8. Pastikan langkah-langkah di atas anda ikuti dengan betul untuk dapat voucher credit.

Walaupun anda tak tetapkan tarikh perjalanan lagi, nilai RM40 boleh terus redeem kerana nanti bila anda benar-benar nak book bilik, anda boleh pilih berapa banyak nak tolak daripada nilai RM40 tadi.


Bagaimana nak dapat harga bilik super murah, bukan setakat voucher RM40?

Kongsikan KOD PROMOSI yang Hotel Quickly beri kepada anda itu kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau saudara-mara anda apabila mereka menginap di hotel serata Asia (termasuk Australia). Apabila anda share kredit RM40 yang anda dapat pada awalnya tadi kepada seorang rakan contohnya, anda akan dapat pulangan RM5 apabila mereka tekan butang REDEEM dan RM40 jika mereka terus tempah hotel dengan kredit anda.

Jadi, bayangkan anda plan nak duduk hotel pada harga RM150. Sementara DUA kawan anda dah tempah hotel guna Promo Code anda. Maknanya, anda akan dapat kredit RM80 (RM40 X2). So, hotel yang anda nak stay tadi harganya sudah jadi (150-80) bersamaan RM70 sahaja.

Lebih daripada separuh harga diskaun yang anda dapat daripada apa yang orang lain bayar. Itu kalau hotel harga 150. Kalau harga 100, anda cuma bayar RM20 sahaja untuk satu malam!

Peringatan!

Perlu diingatkan, aplikasi ini untuk anda yang suka book hotel pada saat akhir. Sebab itulah harganya adalah sangat murah. Pasti ada yang tanya, kalau hotel di luar negara macam mana? Takkan nak tunggu 7 hari sebelum tiba baru nak buat tempahan saat akhir? Buatnya habis bilik?

Mengikut cara Mohamad Atif, ada jalan yang mudah. Buat back up plan dengan tempah bilik yang sama di Agoda atau Booking.com dengan memilih syarat "Tempahan Boleh Dibatalkan Sebelum Ketibaan Tanpa Sebarang Caj." jadi, apabila anda berjaya dapat harga murah dengan Hotel Quickly pada saat akhir, anda boleh batalkan tempahan di dua laman yang dinyatakan sebelumnya dan kekal dengan Hotel Quickly.


Kekurangan Aplikasi Ini

  • Tempahan hanya untuk last minit iaitu maksimum 7 hari sebelum hari penginapan. 
  • Saya sendiri telah redeem baucer kod orang lain dan saya dapati diskaun RM40 yang diberikan terdapat 'tarikh luput' selama 90 hari dari tarikh kod baucer itu di redeem. 

Terima kasih kerana membaca Cara Book Hotel Murah Dengan Aplikasi Hotel Quickly. Apa pendapat anda tentang aplikasi ini? Berikan pendapat anda di ruangan komen ye ;-)

Back To Top