Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense

Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense

Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense - Ramai yang memulakan kerjaya sebagai blogger untuk menjana pendapatan sampingan atau menjana pendapatan pasif. Salah satu cara untuk menjana pendapatan dengan blog adalah melalui Google Adsense. 

Sejujurnya, saya sendiri TAK PANDAI pun pasal Google Adsense dan apa yang saya perolehi hanyalah daripada pembacaan dan pengalaman saya sendiri. 

Sebelum ini saya pernah ceritakan perjalanan blog ini untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense. Saya laluinya dengan agak sukar tetapi berjaya untuk dapatkan akaun penuh pada bulan November 2015. Mungkin ada yang dapatkan akaun Google Adsense dengan mudah sama ada melalui pembelian dari orang tengah dan sebagainya. Tetapi saya amat hargai penat jerit dan pengalaman yang saya lalui untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense.

Setelah lebih kurang 3 bulan saya mendapat akaun Google Adsense, saya mendapat satu emel daripada pihak Google untuk pengesahan alamat. 

Pengesahan alamat akan diperlukan apabila jumlah terkumpul sudah mencapai satu tahap. Pengesahan ini bertujuan untuk mengesahkan alamat untuk tujuan pembayaran melalui cek. Selain itu, ia juga merupakan salah satu cabang sekuriti yang dipraktikkan oleh pihak Google.

Pada 18 Februari 2016, satu emel untuk minta pengesahan alamat telah saya terima. Dalam emel tersebut memberitahu, satu surat dengan nombor PIN akan dihantar melalui pos ke alamat yang saya daftarkan dalam akaun Google Adsense saya.

Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense
 

Pada 6 Mac 2016, surat daripada pihak Google telah diterima. Surat ini mengambil masa lebih kurang 3 minggu untuk sampai ke rumah.

Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense

Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense

Dalam surat ini terdapat nombor PIN khas untuk dimasukkan ke dalam akaun Google Adsense anda.

Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense

  • Log masuk ke dalam akaun Google Adsense anda
  • Anda akan diberitahu untuk membuat pengesahan alamat Google Adsense
  • Atau pergi ke Account Setting di bahagian kanan atas. Masukkan PIN yang anda terima dalam Account Information pada bahagian 'Verify Address'



  • Buka surat yang anda terima daripada Google dan masukkan PIN tersebut ke dalam akaun Google Adsense anda.


  • Anda diberikan 3 kali percubaan untuk memasukkan nombor PIN. Jika anda gagal sebanyak 3 kali, akaun Google Adsense anda akan digantung.
  • Tetapi jika anda betul terima surat dan nombor PIN, sepatutnya tiada sebarang masalah untuk membuat pengesahan alamat ini.
  • Setelah masukkan no PIN, tekan Subimt PIN. Selesai

Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya tentang Google Adsense. Semoga bermanfaat untuk mereka yang baru nak kenal dengan Google Adsense :-)

Sekarang hanya tunggu sampai masa untuk cashout dan dalam masa sama sentiasa patuh dengan terma dan syarat daripada Google Adsense.

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Address Verification Pada Google Adsense. Kongsikan pengalaman anda bersama Google Adsense diruangan komen :-)
Back To Top