Akaun penuh Google Adsense kini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Tetapi jika tersalah langkah memang mudah untuk Akaun Google Adsense ditarik balik. Google Adsense sememangnya antara pengiklan terbesar dan merupakan alternatif kepada blogger untuk menjana pendapatan melalui blog. Tetapi dalam masa sama, pelbagai syarat dikenakan untuk memastikan akaun Google Adsense yang telah diberikan tidak disalahgunakan. Syarat-syarat yang ketat adalah penting untuk membolehkan pihak Google memastikan pihak pengiklan sentiasa mendapat pelanggan yang dimahukan bukannya daripada penipuan atau helah daripada pihak penyiar iklan.
Ok.
Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa menggunakan Google Adsense. Senarai ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya dan bagi anda juga yang baru nak berjinak-jinak dalam mengendalikan akaun Google Adsense. Bagi yang dah pro tentang Google Adsense, mohon perbetulkan sekiranya ada sebarang kesilapan fakta dalam artikel ini.
Jangan klik iklan sendiri
Jangan sesekali klik iklan Google Adsense yang ada di blog atau laman web anda. Ini kerana jika anda klik iklan tersebut, anda akan dikenakan 'fraud click' iaitu pihak Google akan menganggap anda menipu untuk mendapat bayaran daripada iklan yang disiarkan. Anda mungkin akan dikenakan amaran atau lebih teruk lagi akaun anda akan ditarik balik tanpa sebarang amaran.
Buat Group Rahsia
Ada dikalangan orang yang menyediakan group rahsia semata-mata untuk lakukan 'cross click'. Saya klik iklan awak, awak klik iklan saya. Pihak Google bukanlah terlalu naif, jika mereka dapat kesan satu patern klik iklan yang berterusan dari pihak yang mencurigakan, risiko untuk anda dikenakan tindakan adalah tinggi.
Kandungan yang tidak dibenarkan
Akaun penuh Google Adsense For Content amat menitikberatkan kandungan yang terdapat dalam blog anda. Jika anda ada kongsikan sesuatu yang melanggar etika Google Adsense selepas akaun anda diluluskan, ada kemungkinan kita akan dikenakan amaran dan juga akaun ditarik balik. Kandungan ini tidak semestinya keseluruhan blog anda, tetapi juga termasuk iklan - iklan lain yang ada dalam blog anda, artikel anda ataupun gambar-gambar dalam blog anda. Selain daripada itu, Google Adsense tidak suka sekiranya anda menggunakan tanpa kebenaran bahan-bahan copyright seperti yang terdapat dalam blog movie online, download musik dan lain-lain.
'Klik Di sini'
Ada juga blogger yang cuba mempengaruhi pembaca dengan memberikan arahan untuk klik iklan yang disiarkan. Jika pihak Google dapat tahu pastinya akaun tersebut boleh ditarik balik kerana seolah-olah memaksa pembaca untuk melihat iklan yang diletakkan. Situasi yang sama juga mungkin boleh mengundang padah sekiranya iklan Google Adsense diletakkan di tempat mudah terklik secara sengaja oleh pemilik blog.Â
Mengubah skrip Google Adsense
Larangan utama dalam menggunakan iklan Google Adsense adalah kita dilarang mengubah sama sekali skrip iklan yang diberikan. Ramai yang pakar dalam html dan lain-lain ada mengubah skrip Google Adsense untuk memudahkan ianya terklik. Sekiranya perkara ini diketahui oleh pihak Google pastinya tiada maaf bagi pemilik blog tersebut.
Pihak Google Adsense amat mementingkan naturality of clicks bermakna, orang yang klik iklan adalah orang yang betul-betul berminat dengan apa yang diiklankan bukannya daripada pengaruh luar. Ini adalah penting bagi Google untuk memastikan setiap sen yang dibayar kepada mereka untuk pengiklanan di laburkan pada penyiar iklan yang betul dan tidak menipu.Â
Bagi saya, sebagai seorang penyiar iklan dan blogger, etika pengiklanan mestilah sentiasa dijaga dalam menjana pendapatan melalui Google Adsense agar setiap sen yang diperolehi adalah halal dan berkat.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Mengelakkan Akaun Google Adsense Ditarik Balik. Saya ada point yang tertinggal? Berikan perkongsian anda berkaitan cara mengelakkan akaun Google Adsense ditarik balik di ruangan komen.
google lagi pandai dari kita. mereka dpt detect sape main tak aci.. haha
BalasPadambaik buat seperti biasa dan ikut flow je..beri lebih manfaat kepada pembaca dan google akan lebih sayang kite haha
Padam