Cara Tonton Youtube Secara Offline

Cara Tonton Youtube Secara Offline

Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa pihak Google kini membenarkan kita untuk memuat turun video di Youtube. Ianya dikenali sebagai Youtube Offline. Sebelum ini, fungsi YouTube Offline telah diperkenalkan untuk pengguna di beberapa buah negara dan kini, Google Malaysia turut telah mula memperkenalkan fungsi berkenaan untuk pengguna di Malaysia. Melalui fungsi ini, pengguna boleh memuat-turun sesuatu video untuk disimpan pada peranti dan ditonton tanpa memerlukan talian internet.

Fungsi ini amat bagus kerana anda tidak perlu menggunakan data internet sekiranya anda nak lihat video tersebut berulang kali. Untuk menggunakan fungsi Youtube Offline, kita perlu menggunakan aplikasi Youtube pada peranti kita (sama ada Android atau iOS). Hanya dengan menggunakan aplikasi ini fungsi Youtube Offline dapat digunakan.

Untuk memuat-turun sesuatu video, anda boleh tap pada ikon muat-turun yang diletakkan dibawah sesuatu video, dan ia akan memulakan proses muat-turun. Menu khusus dilabelkan disediakan pada bahagian tetapan untuk pengguna mengawal beberapa perkara, dan melihat ruangan yang digunakan olehnya.


Melalui YouTube Offline, pengguna boleh memilih kualiti video yang diinginkan, dan ia akan disimpan pada peranti anda. TETAPI, video tersebut hanya disimpan untuk 48 jam sahaja. Selepas itu anda perlukan data internet untuk sync semula video yang anda telah muat turun. 

Walaubagaimanapun, bukan semua video yang ditawarkan untuk tontonan luar-talian. Ianya bergantung kepada penerbit kandungan sesuatu video sama ada mengaktifkan fungsi Youtube Offline pada akaun mereka atau tidak. Apa yang kurang menarik adalah, kebanyakan video muzik masih tidak boleh dimuat turun.




Dah cuba?

Bagi pendapat saya, ianya fungsi yang boleh diperbaiki lagi dan tempoh 48 jam yang ditetapkan sedikit sebanyak menghadkan penggunaan fungsi offline ini. Saya lebih suka jika video tersebut boleh terus disimpan ke dalam peranti selamanya. :-) 

Tetapi jika semua orang dah muat turun video di Youtube, trafik ke Youtube pastinya akan berkurangan dan ini pastinya tidak baik untuk para pengiklan yang mengiklankan iklan mereka di Youtube. 

Usaha pihak Google memperkenalkan Youtube Offline ini bagi saya adalah untuk memenangi hati pengguna dan tempoh 48 jam yang diberikan adalah satu kelegaan kepada para pengiklan. ;-)

Apa pendapat anda? Berikan pendapat anda diruangan komen.

Terima kasih kerana membaca Cara Tonton Youtube Secara Offline. 
Back To Top