Cara Menggunakan 4D Flash Card

Cara Menggunakan 4D Flash Card

Baru-baru ini saya ada belikan anak saya satu set 4D Flash Card. Buka anak saya sahaja yang teruja, malah ibu bapanya juga rasa teruja dengan permainan tersebut. Maklumlah semasa kecil dulu tiada permainan secanggih ini :-)

Artikel kali ini lebih santai kerana saya hanya nak berkongsi cara untuk menggunakan 4D Flash Card yang saya dah beli. 


Nak beli di mana?

4dflashcard.com adalah pengedar utama kad imbas 4D di Malaysia. Setakat hari ini, terdapat beberapa set kad imbas ada dijual di laman web 4dflashcard. 

Set yang sedia ada adalah : 

  1. Animal 4D+ - Mengenal Haiwan
  2. Octaland 4D+ - Mengenal pekerjaan
  3. Sareddy Life Size 4D animal - Mengenal haiwan (saiz sebenar)
  4. Hijaiyah 4D - Mengenal Huruf Hijaiyah
Nak lihat setiap satu set? Lihat produk di 4DFlashcards Malaysia - Link

Harga?

Semasa mula-mula saya tahu berkenaan kad imbas 4D ini, saya rasakan harganya pasti agak mahal kerana teknologi yang ada pada kad imbas tersebut. Tetapi sebenarnya, harganya amat berpatutan dan boleh dikategorikan sebagai sederhana dan mampu dimiliki oleh semua orang. Harga setiap set adalah diantara RM45-RM60 sahaja. Tetapi harga ini adalah harga promosi. Harga sebenar adalah antara RM50-RM65. 

Apa yang diperlukan untuk menggunakan kad imbad 4D ini?

Kad imbas ini memerlukan telefon pintar atau tablet untuk memaparkan gambar 4D pada kad imbas tersebut. Selain daripada itu, anda juga perlu pasang aplikasi khas (daripada Google Play) untuk membolehkan gambar pada kad imbas dipaparkan.

Kebaikan 4dflashcard

Kebaikannya adalah, kita akan dapat mengajar anak kita dengan lebih baik dan interaktif. 

Keburukan 4dflashcard

Bagi saya, keburukannya adalah ianya sangat bergantung kepada gadjet dan ini mungkin akan menyebabkan anak kita tidak mahu berganjak dengan gadjet dan terus bermain. Pastikan kita sentiasa mengawasi anak kita dan mengawal penggunaan telefon pintar dan tablet. Jadikan tablet dan telefon pintar sebagai alat untuk membantu anak kita belajar bukannya menjadikan tablet dan telefon pintar sebagai pengganti diri kita.

Cara Menggunakan 4D Flash Card

Bagi setiap set flash card, kita perlu memasang aplikasi yang berbeza ke dalam telefon pintar atau tablet kita. Gambar di bawah saya kongsikan aplikasi yang diperlukan untuk menggunakan 4D Flash Card ini. 



Cara Menggunakan 4D Flash Card

Saiz aplikasi ini agak besar, dalam lingkungan 50MB. Menggunakan telefon pintar Redmi Note 4G saya, aplikasi ini bertindak balas agak perlahan. Mungkin disebabkan spesifikasi telefon pintar saya yang agak rendah. Walaubagaimanapun, aplikasi ini masih boleh digunakan.

Pada artikel ini saya akan tunjukkan video berkaitan contoh penggunaan 4D Flash Cards bagi set Animal 4D+. Dalam set ini terdapat 26 jenis binatang dan setiap satunya mewakili satu huruf. 


Cara Menggunakan 4D Flash Card


Jom tengok saya guna 4D Flash Card ini :-)


Bonus!

Dengan setiap pembelian Animal 4D+, kita akan mendapat 3 kad buah buahan. Kad ini boleh diimbas dengan aplikasi yang sama dan jika diletakkan di sebelah haiwan yang betul, kedua-dua gambar 4D akan berinteraksi. 

Sebagai contoh, jika saya letakkan gambar monyet dan pisang, monyet akan bergerak ke pisang dan memakan pisang ;-)




Sejujurnya, saya rasa berbaloi membeli 4D Flash Card ini. Cara baru untuk mengajar anak-anak. :-) Tetapi pastikan anda mengawal penggunaan gadjet oleh anak-anak anda :-)

Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan 4D Flash Cards. Semoga anda dan anak-anak anda gembira dengan permainan alaf baru ini ;-)

Jika anda nak beli, boleh beli secara online di 4D Flash Card - 4dflashcard.com 




Back To Top