Cara Menggunakan Twitter - Asas Penggunaan


Saya pasti ramai yang sudah menggunakan Twitter di Malaysia. Tetapi, saya juga pasti masih ramai yang masih belum pernah menjejakkan kaki di Twitter malah menganggap Twitter adalah membuang masa. Well..apa pun perkara yang anda buat boleh menjadi perkara yang berfaedah atau pun membuang masa bergantung kepada niat dan bagaimana anda menggunakan perkara tersebut. Begitu juga dengan Twitter.

Ok.


Kenapa saya bercerita tentang Twitter? 

Pertama sekali sebab saya sendiri masih belajar menggunakan Twitter. Jadi apa yang saya kongsikan adalah apa yang saya sedang belajar. Apa yang boleh, apa yang tak boleh dan bagaimana menggunakan Twitter secara asasnya. Artikel ini mungkin akan bersambung dalam post artikel yang akan datang berkenaan cara menggunakan Twitter dengan lebih spesifik. Tetapi untuk artikel kali ini lebih memfokuskan tentang asas penggunaan Twitter.


Apa yang saya tahu tentang Twitter?

Tidak banyak yang saya tahu tentang Twitter. Sebelum ini saya fikir Twitter hanyalah tempat orang berkongsi sesuatu. Apa yang saya tahu juga berkenaan Twitter adalah Tweet dan Retweet. Tweet adalah apabila seseorang berkongsi sesuatu di 'wall' Twitter mereka. Dan apabila ada orang 'share' Tweet tersebut, ia dipanggil Retweet. 


Apa yang saya nak tahu tentang Twitter?

Perkara utama yang saya nak tahu tentang Twitter adalah bagaimana menggunakannya sebagai medium untuk internet marketing dan bagaimana menggunakannya sebagai medium untuk menarik trafik ke blog. 2 perkara inilah fokus saya dalam mempelajari selok belok penggunaan Twitter yang berkesan.

Apa kelebihan Twitter?


  • Ringkas. Setiap Tweet hanya boleh ditulis dalam 140 aksara sahaja. Jadi jika anda adalah jenis yang tidak suka menulis karangan, Twitter adalah sesuai untuk anda. Walaupun sebahagian orang menyatakan ini merupakan satu kelemahan, tetapi dari suatu sudut, ia boleh menjadi satu kelebihan jika digunakan dengan cara yang betul.
  • Cepat. Tulis pendek bermakna anda boleh selesaikan dengan cepat dan tidak membazir masa!

Apa kekurangan Twitter?




Orang kata, untuk berjaya dalam internet Marketing di Twitter, anda perlu berjaya di luar Twitter. Sebagai contoh, kebanyakan Twitter yang berjaya terdiri daripada artis dan selebriti. Kata-kata ringkas mereka biasa di Retweet oleh pengikut-pengikut mereka. 

Walaupun secara asasnya begitu, saya yakin kita masih boleh berjaya dengan Twitter jika kita menggunakannya dengan kaedah yang betul. 

140 aksara yang diberikan juga kadangkala memberikan cabaran untuk kita menulis sesuatu yang difahami dan menarik minat pembaca. 

Ok?

Apa yang boleh dilakukan dengan Twitter?

Di benua Eropah,  setahu saya, Twitter lebih popular berbanding Facebook. Jadi ramai yang menggunakan Twitter sebagai salah satu cabang internet marketing dan content marketing. Penggunaan laman web seperti Buffer, IFTTT memudahkan lagi seseorang untuk men'Tweet' secara automatik di akaun Twitter mereka.

1. Mengembangkan jenama

Sebagaimana media sosial yang lain, Twitter adalah salah satu platform yang baik untuk mengembangkan jenama. Antara perkara yang perlu dilakukan untuk mengembangkan jenama di Twitter adalah:
  • Logo dan nama
  • Gambar profile
  • Link ke blog
  • Interaksi dengan follower

2. Menarik trafik ke laman web atau blog

Melalui pembacaan saya di laman Problogger, antara cara untuk menarik trafik ke blog menggunakan Twitter adalah:

  • Tweet tentang Post yang paling popular di blog kita
  • Gunakan gambar yang menarik
  • Tweet post yang sama beberapa kali sehari
  • Optimasikan setiap Tweet (eg: guna #hashtag)

Saya akan bincangkan berkenaan cara menarik trafik melalui Twitter di post yang akan datang berdasarkan pengalaman saya sendiri.

3. Jual barang

Tidak seperti Facebook, jarang sekali kita nampak orang menjual sesuatu di Twitter. Walaubagaimanapun, ianya tidak mustahil untuk dilakukan. 

4. Perkongsian maklumat

Saya sendiri lebih menyukai perkongsian maklumat yang ada di Twitter berbanding dengan Facebook. Mungkin kerana konsepnya yang lebih ringkas dan pantas.

5. Mengikuti Trends Semasa

Satu lagi kelebihan Twitter adalah kita boleh mengetahui trend terkini yang dibincangkan dalam Twitter. Jika anda masuk ke dalam akaun Twitter anda, boleh lihat diprofile anda akan tersenarai trend terkini. Kita juga boleh tetapkan untuk mengetahui Malaysia Trends sahaja. 


6. Memperolehi berita terkini

Jika kita follow Twitter media berita seperti Metro, Berita Harian dan sebagainya, kita akan mendapat maklumat terkini setiap masa kerana setiap kali terdapat berita baru, pihak media akan terus Tweet berita tersebut.

Dan jika anda nak info terkini daripada blog ini, anda juga boleh follow twitter saya @wikicaradotorg ;-)

7. Buat undian

Di Twitter kita boleh membuat undian / poll dengan mudah. 



Apa yang tak boleh dengan Twitter?

  • Tidak boleh kumpul kawan beribu-ribu
  • Tidak boleh buat Group dan page
  • Tidak boleh buat karangan dan luahan perasaan di wall
  • Tidak boleh edit Tweet anda

Saya rasa itu adalah sebahagian cara untuk menggunakan Twitter. Saya sendiri masih dalam proses mempelajari selok belok untuk menggunakan Twitter dengan lebih effektif ;-)

Jangan lupa untuk follow Twitter saya juga dan dapatkan perkongsian saya tentang pelbagai cara :-)

Terima kasih kerana membaca cara menggunakan Twitter. Adakah anda pengguna Twitter? Antara Facebook dan Twitter, yang manakah lebih anda gemari? Berikan jawapan anda di ruangan komen.

Back To Top