Survey Online merupakan salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan secara online. Banyak laman web yang cuba memberikan perkhidmatan survey online tetapi tidak semuanya benar-benar sesuai dengan pasaran survey online Malaysia. Selain daripada itu, tidak kurang juga laman web survey online yang cuba menipu peserta dengan tidak membuat bayaran apabila selepas survey online dilakukan.
Oleh itu, amat penting untuk anda yang ingin menyertai online survey tahu cara untuk mengelakkan diri kita daripada tertipu dengan Survey Online.
Ok.
Saya sudah menyertai survey online sejak beberapa tahun lepas. Walaupun hanya sekadar suka-suka, tetapi dalam masa saya saya dapat ganjaran. Antara ganjaran yang saya dapat adalah wang tunai dan baucer. Bagi saya, semua orang perlu menyertai survey online ini kerana kita akan mendapat pendapatan tambahan dan juga dalam masa sama memberikan pendapat berkaitan syarikat atau jenama yang kita gunakan.Â
Untuk memastikan sesebuah laman web online survey adalah sah, 8 perkara di bawah ini perlu kita perhatikan:
1. Yuran Penyertaan
Berhati-hati sekiranya sesuatu laman web online survey meminta anda untuk membayar yuran untuk menyertai online survey di laman tersebut. Mengikut pengalaman saya, laman web online survey yang sah semuanya TIDAK mengenakan apa-apa bayaran untuk disertai. Ini adalah kerana, kita sebagai responden yang perlu di bayar kerana kita yang membantu mereka untuk memberikan data tentang topik yang disurvey.
2. Cepat Kaya Tanpa Bekerja
Buat survey online bukan semudah Skim Cepat Kaya. Ianya memerlukan masa dan usaha untuk dilakukan. Berhati-hatilah jika anda lihat laman web online survey yang menjanjikan bulan dan bintang dan menjanjikan pendapatan yang tidak masuk akal. Dalam pengalaman saya sendiri, semua laman web online yang saya sertai tidak menjanjikan bulan dan bintang malah pendapatan yang diperolehi adalah berkadar terus dengan survey online yang kita buat. Jika kita rajin buat survey, maka lebih cepat kita dapat kumpul mata ganjaran untuk penebusan tunai dan baucer.Â
3. Testimonial yang terlalu indah
Testimonial dan gambar pendapatan adalah antara yang kerap di tonjolkan sebagai bukti bahawa laman web survey online tersebut adalah sah. Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan testimonial dan gambar tersebut untuk mengelakkan anda tertipu. Ingatlah, testimonial adalah sesuatu yang boleh direka.Â
4. Meminta Maklumat Sensitif
Sekiranya kita menyertai online survey, kita perlu mengisikan maklumat peribadi untuk melengkapkan demografi dan untuk memastikan survey yang diberikan adalah relevan dengan respondant. Tetapi pihak laman web online survey yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi yang sulit seperti nombor kad kredit, nombor pin akaun dan sebagainya. Jika ada laman web online survey yang meminta maklumat tersebut, berkebarangkalian besar ianya cuba untuk menipu anda.Â
5. Laman web yang meragukan
Sebelum menyertai laman web online survey, ambil masa untuk lihat profil syarikat tersebut. Pergi ke laman maklumat syarikat (About) atau ke laman hubungi syarikat (Contact). Pastikan laman web tersebut ada memberikan maklumat tentang syarikat dan cara untuk menghubungi mereka. Jika laman online survey tersebut tidak menyatakan tantang maklumat syarikat, anda boleh syak mereka cuba untuk menyembunyikan sesuatu dan mungkin mereka cuba untuk menipu.
6. Ganjaran yang melampau
Satu perkara yang anda perlu sentiasa ingat adalah, ganjaran tidak boleh ditebus terus selepas selesai menjawab soalan. Kebanyakan laman web online survey mempunyai had ganjaran terkumpul sebelum ganjaran tersebut boleh ditebus. Apatah lagi jika laman web survey menawarkan tawaran ganjaran yang tidak munasabah seperti 'duduk rumah dapat duit RM10000 sebulan!' dan sebagainya, ia adalah sesuatu yang mencurigakan.Â
7. Hantar SPAM
Laman web online survey yang sah tidak akan menghantar emel SPAM kepada anda. Laman web online survey hanya akan menghantar emel untuk memaklumkan kepada anda tentang survey terbaru yang boleh anda sertai. Jika laman web online survey yang anda sertai menghantar emel tentang penjualan produk atau promosi produk, berkemungkinan laman web online survey tersebut adalah tidak sah. Sepanjang saya sertai online survey, saya tidak pernah menerima emel SPAM daripada laman online survey.
8. Memberi maklumat peribadi anda kepada orang lain atau orang ketiga
Maklumat peribadi anda seperti tarikh lahir, umur dan kawasan anda tinggal adalah antara perkara yang perlu di isi sebelum membuat sebarang online survey. Maklumat ini diperlukan untuk memastikan respondan yang diterima menepati inclusion dan exclusion kriteria untuk survey tersebut. Sebelum menyertai sebarang laman online survey, ambil masa untuk memahami terms dan polisi syarikat tersebut. Sekiranya dalam polisi syarikat tersebut ada menyatakan tentang mereka boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada orang ketiga, anda perlu berhati-hati dengan laman web tersebut.
Online Survey di Malaysia
Jika anda tanya saya ada berapa online survey panel yang sah untuk pasaran Malaysia, setahu saya ada lebih kurang 10 yang benar-benar sah dan kerap memberikan saya peluang untuk menjawap survey dan mendapat ganjaran. Boleh dikatakan saya dah sertai hampir semua online survey yang ada. Semua survey-survey tersebut saya saring satu persatu dan ada juga yang saya pernah tertipu. Tetapi itu merupakan satu pengalaman yang 'berharga' dan anda boleh elakkan daripada terkena tipu dengan mengikuti 8 perkara yang saya telah kongsikan di atas.
Anda juga boleh sertai PanelPlace, syarikat yang mengumpulkan semua laman web survey online yang sah di Malaysia. Saya telah menyertai PanelPlace sejak awal lagi dan ia sangat membantu saya dalam menyelenggarakan laman web online survey yang saya sertai. PanelPlace akan mencadangkan survey panel yang boleh disertai dan saya boleh log masuk terus dari PanelPlace. Anda tidak perlu buka satu persatu laman web survey online untuk menjawap soalan.
Saya nasihatkan anda yang mahu menjana pendapatan melalui survey online untuk sertai PanelPlace kerana ianya akan memudahkan anda.
Ok?
Saya rasa cukup untuk perkongsian kali ini. Terima kasih kerana membaca Cara Mengelakkan Tertipu Dengan Survey Online. Siapa kata semua online survey itu menipu? Saya berani jamin ada yang betul-betul sah.