Siapa yang tidak inginkan mempunyai banyak hartanah untuk dijadikan sebagai pelaburan mahupun sebagai pendapatan pasif. Baru-baru ini saya ada baca satu nukilan daripada saudara Harith Faisal berkaitan bagaimana cara membeli banyak rumah dengan menggunakan perjanjian sewaan. 
Saya rasa elok saya kongsikan semula perkongsian saudara Harith Faisal di sini. Semua kredit adalah atas saudara Harith Faisal.
| 
Kadang-kadang kita pelik, macam mana orang yang
  berpendapatan RM3,000 sebulan tapi boleh beli sampai 3 rumah (apartment) yang
  memerlukan pembiayaan sebanyak RM200,000 bagi setiap rumah tersebut. 
Ansuran bulanan bagi setiap rumah adalah RM1,000
  secara anggaran. Jadi, bagi 3 buah rumah, dia memerlukan komitmen RM3,000
  sebulan untuk bayaran balik pembiayaannya. 
Pendapatan – Komitmen = Baki 
RM3,000 – RM3,000 = RM0 
Bagaimana bank boleh meluluskan pembiayaan sampai
  3 rumah? Kita mula pelik, dan maki-maki dia di Facebooknya. Kita kata dia
  tipu. Kita kata dia ada orang dalam, ada kabel kuat dan sebagainya. Betapa
  naifnya kita. 
Mari saya tunjukkan caranya. Tenancy Agreement (TA) atau Perjanjian Sewaan
TA perlu dicop/dimatikan duti setem di LHDN
  supaya hasil sewaan bulanan boleh dibuktikan sebagai pendapatan tambahan
  anda. TA yang siap bercop/dimatikan duti setem perlu disertakan sekali semasa
  anda memohon pembiayaan rumah anda. Cara beli rumah kedua
Pendapatan Hakiki: RM3,000 
Pendapatan Sewa Rumah 1: RM1,300 
Komitmen Bulanan Rumah 1: RM1,000 
Kini, pendapatannya adalah RM3,000 + RM1,300 =
  RM4,300. 
Komitmen RM1,000 hanyalah 23% daripada RM4,300.
  InsyaAllah, pembiayaan rumah kedua memang boleh lulus. Cara beli rumah ketiga
Pendapatan Hakiki: RM3,000 
Pendapatan Sewa Rumah 1: RM1,300 
Pendapatan Sewa Rumah 2: RM1,300 
Komitmen Bulanan Rumah 1: RM1,000 
Komitmen Bulanan Rumah 2: RM1,000 
Kini pendapatannya adalah RM3,000 + RM1,300 +
  RM1,300 = RM5,600. 
Komitmen RM2,000 hanyalah 36% daripada RM5,600.
  InsyaAllah, pembiayaan rumah ketiga pasti boleh lulus juga. Cara beli rumah ke-4
Pendapatan Hakiki: RM3,000 
Pendapatan Sewa Rumah 1: RM1,300 
Pendapatan Sewa Rumah 2: RM1,300 
Pendapatan Sewa Rumah 3: RM1,300 
Komitmen Bulanan Rumah 1: RM1,000 
Komitmen Bulanan Rumah 2: RM1,000 
Komitmen Bulanan Rumah 3: RM1,000 
Kini, pendapatannya adalah RM3,000 + RM1,300 +
  RM1,300 + RM1,300 = RM6,900. 
Komitmen RM3,000 hanyalah 44% daripada RM6,900.
  Hah!! Agak-agaknya boleh lulus tak kalau dia nak beli rumah keempatnya? 
Sebab itulah orang gaji RM3,000 pun boleh beli
  sampai 5 buah rumah. Kiraan ini memang tiada apa-apa trik. Memang sah di sisi
  undang-undang. Semua orang boleh aplikasikannya. 
NOTA 1: Selain untuk membuktikan pendapatan
  daripada sewaan, tenancy agreement juga perlu disediakan untuk menjaga hak
  tuan rumah dan penyewa. 
NOTA 2: Tidak semua bank mengira 100% daripada
  pendapatan sewaan. Ada bank yang hanya kira 80%, malahan yang 50% pun ada.
  Please do your own survey and calculation. Jangan risau, kiraannya tidak
  melibatkan kemahiran mengira tahap tinggi. Budak lepasan PMR pun boleh kira. | 
Pada saya, perkara penting yang ingin dikongsikan dalam artikel ini adalah tentang konsep yang digunakan dan bagaimana untuk buat 'orang lain' bayar rumah yang kita beli (melalui duit sewaan). Dari segi teori, nampaknya seperti semua orang boleh kira dan beli beberapa rumah. Tetapi dari segi praktikalnya, ilmu pembelian hartanah amatlah penting untuk memastikan cara yang dikongsikan ini dapat dilaksanakan.
Perkara yang tersirat disebalik artikel ini bagi saya adalah:
Perlunya ilmu pemilihan hartanah atau rumah agar setiap rumah yang kita beli adalah sesuai dan strategik untuk disewa. Bayangkan jika kita ada 1 rumah sewa dan rumah tersebut tidak berjaya disewakan, pastinya cara di atas tidak dapat dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, artikel ini amat baik dan membuka minda. 
Tapi sebelum amalkan cara di atas, saya nasihatkan untuk mendalami ilmu hartanah dahulu daripada sifu-sifu hartanah di Malaysia ni ;-)
Sekadar pendapat ringkas saya :-)
 


 
 
 
 
