Cara Mendapatkan Free Stock Image Untuk Blog


Gambar merupakan salah satu tarikan untuk para pengunjung datang ke blog kita. Ramai blogger yang mengambil mudah tentang gambar di blog dan ada yang mengambil gambar daripada blog orang lain tanpa memberikan kredit kepada pemilik asal gambar. Ok. Secara jujurnya, pada permulaan blog ini, gambar-gambar yang diambil adalah dari Google Image sahaja. Daripada Google Image, saya akan edit mengikut kesesuaian tema blog saya sendiri.

Tetapi tahukan anda bahawa ada gambar yang mempunyai copyright yang kita tidak boleh ambil sesuka hati? Blog kita juga berkemungkinan akan 'didenda' oleh Google sekiranya menggunakan gambar yang mempunyai hak cipta. Walaupun perkara tersebut jarang berlaku, saya tidak mahu sebarang risiko yang dapat membahayakan blog ini dan blog-blog saya yang lain. 

Ok.

Dalam carian saya, terdapat banyak laman web yang berkongsikan gambar yang boleh digunakan secara percuma dengan Creative Common License. Ini bermakna gambar-gambar tersebut kita boleh gunakan tanpa sebarang kerisauan akan didenda oleh pihak Google.

Setiap laman web gambar ini mempunyai 2 jenis lesen Creative Common iaitu:

Creative Commons Zero – bermaksud anda boleh guna foto tersebut dengan bebas tanpa perlu meminta kebenaran atau memberikan sebarang kredit kepada pemiliknya.

Creative Commons with Attribution – bermaksud anda boleh gunakan foto tersebut dengan bebas selagi anda memberikan kredit kepada pemilik foto tersebut.


Berikut adalah antara laman web gambar yang boleh kita gunakan untuk blog kita:

1. Unsplash - Link


contoh gambar berkualiti tinggi di Unsplash

Di unsplash anda boleh menggunakan mana-mana gambar secara percuma. Gambar-gambar yang ada dibekalkan oleh jurufoto bebas dan professional. Di laman web ini, kita boleh memuat turun 10 gambar setiap 10 hari. Jika anda suka mengambil gambar dan ingin mencipta nama sebagai jurufoto, anda juga boleh menghantar gambar yang anda ambil di Unsplash.

2. Picjumbo - Link


contoh gambar dari Picjumbo

Picjumbo adalah satu lagi laman web yang membekalkan gambar secara percuma. Kita boleh menggunakan mana-mana gambar untuk persendirian dan komersil. 


3. Pixabay - Link


contoh gambar dari Pixabay

4. Morguefile - Link


contoh gambar dari Morguefile

Ini adalah antara laman web yang saya gunakan untuk blog-blog saya.  Kini anda boleh mencari foto di internet tanpa perlu bimbang tentang hakcipta, kesemua laman ini sangat membantu. Hakcipta dan hakguna bagi setiap gambar diterangkan dengan jelas pada setiap laman. Jadi anda tidak lagi perlu ragu-ragu untuk menggunakannya. 

Terima kasih kerana membaca Cara Mendapatkan Gambar Stok Image Percuma Untuk Blog. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top