Cara Menurunkan Berat Badan Selepas Melahirkan Anak

Cara Menurunkan Berat Badan Selepas Melahirkan

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada anda yang telah selamat melahirkan anak, serta melalui tempoh berpantang dengan sebaiknya. Anda juga mungkin telahpun kembali kepada tugas harian seperti biasa tetapi dalam masa sama mengalami satu dilema yang biasa dihadapi oleh semua wanita selepas melahirkan anak. Dan dilema tersebut adalah, ‘Bagaimana Cara Untuk Menurunkan Berat Badan Selepas Melahirkan Anak?’. Satu perkara yang perlu anda tahu adalah, bukan anda seorang yang mengalami masalah ini. 

Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa.

Persoalan ini bermain difikiran kebanyakan wanita yang telah melalui proses kehamilan dan melahirkan anak. Pelbagai perubahan fizikal dan emosi dilalui di dalam tempoh tersebut. Salah satu daripadanya adalah penambahan berat badan disebabkan kehamilan. Kebanyakan wanita akan mengalami purata kenaikan berat badan sebanyak 15-20 kg semasa mengandung.

Walaupun keadaan ini seolah-olah hanya memberi kesan kepada wanita, tetapi sebenarnya ianya turut mempunyai kesan ke atas suami dan sokongan suami amatlah penting dalam membantu isteri untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.

Nak kurangkan berat badan selepas bersalin?

Sebaik sahaja seorang wanita melahirkan anak, berat anda akan terus menurun sebanyak lebih kurang 6 kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg lagi. Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.

Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. Anda juga pasti akan kesuntukan atau sukar untuk mencari masa untuk bersenam kerana masih menyesuaikan diri dengan rutin baru sebagai seorang ibu.

Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal secara semula jadi sebelum anda membuat langkah untuk mengikuti pelan pemakanan yang terkawal atau rejim senaman yang terancang. Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang mungkin anda pernah dengar tentang bagaimana mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas bersalin. Di antaranya mungkin adalah berkenaan pemakaian bengkung, berurut secara tradisional, petua jangan meminum air sejuk dan sebagainya. Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas bersalin.

1. Mulakan dengan Senaman Kegel




Mulakan rutin senaman yang ringkas dan ringan. Senaman yang paling mudah dimulakan adalah yang boleh dibuat sendiri di rumah. Tahukah anda bahawa anda boleh memulakan senaman kegel sehari selepas bersalin? Kegel penting untuk mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas bersalin. Ia dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Ia juga boleh dilakukan sekali bersama pelvic tilts, yang juga berfungsi untuk mengempiskan perut dan mengerjakan otot punggung.

2. Mula dengan berjalan

Senaman yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan. Ia boleh dilakukan bersama seisi keluarga dan juga bersama bayi anda sekali. Anda boleh berjalan di taman, di sekitar kawasan perumahan anda malah juga di pusat membeli belah! Bayi boleh digendong atau ditolak di dalam stroller. Ini akan menambahkan lagi intensiti senaman anda.

3. Full Breast Feed

Menyusu badan adalah salah satu cara yang dapat menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Saya amat galakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Menyusukan anak dapat membantu anda untuk membakar kalori dengan lebih cepat. 

4. Tugasan Rumah Untuk Bakar Kalori

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, tugasan harian di rumah juga dapat membakar kalori. Semasa anda melakukan kerja rumah, pastinya anda akan berjalan ke sana sini untuk bergerak dan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membakar kalori.

5. Minum Air Masak Yang Mencukupi

Minum air masak secukupnya adalah penting untuk membuang segala kotoran yang ada dalam badan anda. Selain itu juga, air masak dapat mengurangkan kadar karbohidrat yang anda ambil dalam minuman anda. 

6. Sokongan Suami

Para suami seharusnya memberikan semangat kepada para isteri untuk sama-sama berusaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. 

Sekiranya anda telah bersedia untuk pergi selangkah lagi dan mahu melakukan senaman secara terancang, anda boleh mendapatkan video senaman yang boleh dibuat di rumah, menjadi ahli di gimnasium atau pusat kecergasan atau mencari pelatih peribadi yang mengkhusus dalam senaman postnatal. Anda juga boleh mengikuti kelas senaman regangan seperti yoga atau pilates dan senaman aerobik atau menari. Setidak-tidaknya, bersenam akan membantu menghilangkan stress dan seronok untuk dilakukan!

Terdapat pelbagai pilihan senaman untuk anda mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Ianya bergantung kepada minat dan juga faktor seperti masa dan tempat yang sesuai bagi anda.

Terima kasih kerana Cara Menurunkan Berat Badan Selepas Melahirkan Anak. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ;-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top