Cara Solat Jenazah dan Hukumnya

Cara Solat Jenazah dan Hukumnya

Pada kali ini kita akan ulangkaji Cara Solat Jenazah dan Hukumnya. Solat Jenazah merupakan salah satu daripada perkara yang wajib disempurnakan oleh orang yang masih hidup ke atas saudaranya yang sudah meninggal dunia. Tujuan menyembahyangkan mayat itu adalah dengan harapan semoga roh si mati memperolehi rahmat dan keampunan daripada Allah serta sebagai peringatan kepada yang masih hidup untuk sentiasa mengingati mati.

Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah di mana ia wajib ke atas keseluruhan anggota masyarakat setempat yang terbabit dengan kematian anggota masyarakat berkenaan. Tetapi jika salah seorang dari anggota masyarakat telah menyempurnakan solat jenazah ke atas jenazah berkenaan, maka seluruh anggota masyarakat akan terlepas daripada hukum wajibnya. Jika tiada seorang pun yang melakukan solat jenazah untuk jenazah tersebut, maka seluruh anggota masyarakat berkenaan turut menanggung dosa kerana tidak melaksanakan solat jenazah.

Tatacara solat jenazah 

Solat jenazah adalah solat dengan 4 takbir dan 1 salam. Tiada rukuk dan sujud. Saf solat hendaklah dirapatkan dan lurus dan imam akan berada di bahagian kepala bagi jenazah lelaki dan di bahagian rahim bagi jenazah perempuan.

Rukun Solat Jenazah 

  • Niat pada takbiratul ihram. 
  • Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud. 
  • Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram. 
  • Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama. 
  • Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua. 
  • Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga. 
  • Memberi salam sesudah takbir keempat.

Niat solat jenazah

Cara Solat Jenazah dan Hukumnya

Niat pada takbiratul ihram

Semasa mengangkat tangan untuk takbirratul ihram, lintaskan niat solat jenazah (seperti gambar di atas). Pastikan takbir (Allahuakbar) di dengari oleh telinga kita sendiri dan juga dalam masa sama niatkan solat jenazah sama ada jenazah lelaki atau perempuan. Jika kita mengikuti imam, tambahkan niat 'mengikut imam' atau ma'muman dalam niat kita. 

Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud

Bagi yang mampu, kita hendaklah berdiri semasa melaksanakan solat jenazah. Solat jenazah adalah solat tanpa rukuk dan sujud. 

Bacaan selepas takbir pertama (takbiratul ihram)

Bacaan selepas takbir pertama adalah surah alfatihah. Tidak disunatkan untuk membaca doa iftitah selepas takbiratulihram dalam solat jenazah. Baca surah al fatihah sehingga selesai dengan tertib dan tajwid yang betul. Selepas selesai membaca al-fatihah, kita akan melakukan takbir ke dua.

Bacaan selepas takbir yang kedua

Selepas takbir ke dua dalam solat jenazah, kita perlu berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Selawat yang terbaik adalah seperti dalam tahiyat akhir dalam solat iaitu:

Cara Solat Jenazah dan Hukumnya
Kemudian teruskan untuk takbir yang ke tiga.

Bacaan selepas takbir ke tiga

Selepas takbir ke tiga, kita hendaklah membaca doa untuk si mati. Doa yang paling ringkas adalah:


atau doa yang lengkap adalah:

Cara Solat Jenazah dan Hukumnya
Kemudian teruskan dengan takbir ke empat.

Bacaan selepas takbir ke empat.

Selepas takbir ke empat, kita dikehendaki membaca doa untuk si mati. Doa yang paling ringkas adalah:


dan doa yang lengkap adalah:

Cara Solat Jenazah dan Hukumnya

Kemudian bolehlah memberi salam seperti biasa. Selepas itu berdoalah dengan doa yang sesuai untuk si mati. Doakan keampunan bagi si mati dan kesejahteraan rohnya.

Semoga perkongsian kali ini memberikan sedikit sebanyak manfaat dan juga ulangkaji untuk kita. 

Terima kasih kerana membaca Cara Ringkas Melakukan Solat Jenazah dan Hukumnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top