WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Permohonan BR1M 2016

Permohonan BR1M 2016

Cara Permohonan BR1M 2016. Sejajar dengan Bajet 2016 yang telah di umumkan pada 23 Oktober 2015 lalu, BR1M yang kini masuk tahun ke 3 pelaksanaannya akan dinaikkan bagi semua kategori yang layak menerimanya.

Petikan Teks Ucapan Bajet 2016

Selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacita saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 ringgit

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 ringgit kepada RM1000 ringgit

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4000 ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 ringgit kepada RM800 ringgit

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.



Pada kali ini saya nak kongsikan sedikit info berkenaan permohonan BR1M untuk tahun 2016. Untuk pengetahuan semua, permohonan BR1M baru bagi tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini iaitu 5 Disember hingga 31 Disember 2015. Ini bermakna sesiapa yang ingin membuat permohonan BR1M boleh mula mengisi borang dalam jangka masa sebulan ini. Bagi permohonan BR1M dalam talian, permohonan hanya boleh dilakukan dengan menggunakan komputer kerana mengikut kenyataan yang diberikan, aplikasi e-BR1M tidak sesuai dengan peranti mudah alih. Selepas permohonan dibuat, pengguna dinasihatkan untuk menyimpan salinan permohonan bagi tujuan rekod dan semakan. 

Selain permohonan baru, mereka yang ingin mengemaskini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.


Permohonan BR1M 2016


Mereka yang ingin memohon BR1M juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 secara manual di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN. Bagi permohonan BR1M baru, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Penerima BR1M sedia ada bagi tahun 2015 juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran. 

Selepas permohonan baru dibuat oleh pemohon, notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. 

Bayaran BR1M bagi pemohon yang berjaya akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Bagi anak-anak yang berada di bandar, sila bantu keluarga dan saudara mara yang berada di kampung untuk membuat permohonan dan juga kemaskini secara atas talian. 

kemaskini BR1M


Terima kasih kerana membaca Cara Permohonan BR1M 2016. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.



1 ulasan: Leave Your Comments

click tracking