Cara Menyertai Program Affiliate Klikjer

Program Affiliate Klikjer

Back to Basic. 

Apa itu program affiliate?

Bagi kebanyakan blogger, pastinya program affiliate tidak perlu diperkenalkan lagi. Kerana ini adalah antara cara menjana pendapatan dari blog yang kerap digunakan. Tetapi saya pasti masih ada orang yang tidak tahu apa itu program affiliate dan bagaimana ia berfungsi. 

Dalam pemahaman saya, program affiliate adalah satu sistem kita menjual produk orang lain dan setiap jualan yang berjaya kita lakukan, kita akan memperolehi komisen. Setiap orang yang menjadi affiliate untuk produk tertentu akan diberikan pautan (link) khas yang 'memberitahu' pemilik produk bahawa kitalah yang telah menjual produk tersebut. Sebagai seorang affiliate kita tidak perlu mengendalikan barang dan pelanggan. Kita hanya perlu promosi pautan produk tersebut, dan apabila pelanggan membeli melalui pautan kita, kita akan memperolehi komisen. 

Jadi tugas utama affiliate adalah promosi, promosi dan promosi. 

Program affiliate terdiri daripada 2 kategori iaitu affiliate produk digital dan affiliate produk fizikal. Contoh program affiliate produk digital adalah Klikjer dan Ashadee. Manakala contoh program affiliate produk fizikal adalah Lazada dan Zalora. 

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari program affiliate di Malaysia yang sesuai untuk disertai, Klikjer.com adalah salah satu yang terbaik. 

Ok. 

Pada kali ini saya akan terangkan serba sedikit cara untuk menyertai Program Affiliate Klikjer. 

Apa itu Klikjer?

Klikjer adalah satu platform program affiliate bagi produk digital iaitu ebook. Setakat hari ini, ada lebih kurang 16 buah ebook yang boleh kita promosikan. Antara ebook yang diterbitkan adalah : 
  1. Rahsia RM1000 sebulan dengan menulis
  2. Panduan import barang dari China secara online
  3. Panduan mantap buat duit di Fiverr
  4. Panduan Mulakan Bisnes Fotografi
  5. Panduan Jana RM5k sebulan dengan Bisnes Aiskrim
dan banyak lagi. Untuk lihat senarai penuh ebook yang ditawarkan di Klikjer, sila ikuti - Link Ini

Kebanyakan penyertaan program affiliate adalah percuma. Begitu juga di Klikjer.

Cara Menyertai Program Affiliate Klikjer

Pertama sekali anda perlu mendaftar di laman web Klikjer

program affiliate di malaysia

Selepas mendaftar anda akan mempunyai dashboard affiliate anda sendiri. Dashboard ini akan menunjukkan progress anda dan berapa kali pautan (link) anda di klik oleh pembaca.


Program Affiliate Klikjer
Ini adalah rupa dashboard akaun anda di Klikjer. Ia akan memaparkan statiskrik berkenaan affiliate anda. Setakat gambar ini diambil, saya sudah dapat 4 jualan melalui program affiliate Klikjer. Mungkin tidak banyak mana sekarang, tetapi saya yakin, ianya akan bertambah dalam jangka masa panjang.


Ok. 

Kini, kita sudah boleh mula untuk membuat promosi affiliate kita yang pertama. Mula-mula sekali pilih jenis promosi yang kita inginkan di ruangan 'Marketing Materials' seperti banner, melalui emel atau pautan text. Banner dan pautan text amat berguna jika kita promosikan di dalam blog. 

Bagaimana cara nak promosikan affiliate?

  • Promosi affiliate dengan menggunakan laman iklan percuma
  • Promosi affiliate di ruangan forum
  • Promosi affiliate dengan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain
  • Promosikan affiliate di dalam blog anda
  • Promosi melalui emel 
  • Promosi dengan menggunakan video di Youtube atau lain-lain platform video

Jika anda nak penjelasan yang lebih terperinci bagaimana cara untuk mempromosikan program affiliate Klikjer, saya nasihatkan untuk baca ebook Rahsia Jana Pendapatan Dengan Klikjer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top