Cara Menyertai Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M)

Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M)

Pernah dengar berkenaan Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M)? Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M) adalah satu peraduan yang dianjurkan oleh surat khabar Sinar Harian. Untuk menyertai peraduan ini, peserta hanya perlu membeli sebuah akhbar Sinar Harian dan menjawab satu soalan dan kemudian jawapan tersebut hendaklah dihantar melalui pos kepada pihak penganjur. Apa yang menariknya, pemenang peraduan ini berpeluang untuk memenangi wang tunai RM1,000!

Apa soalan yang ditanyakan?

Setiap hari akan ditanyakan soalan yang berbeza dan peserta tidak perlu mengumpul soalan, setiap hari kita akan ada peluang untuk menang RM1000. 

Bagaimana saya tahu sama ada saya berjaya atau tidak?

Pemenang akan dihubungi oleh pihak Sinar Harian dan kemudian pihak Sinar Harian akan menemui pemenang untuk memberikan RM1000 secara tunai. Wajah peserta akan dirakam dan di siarkan di dalam akhbar Sinar Harian. 


Cara Menyertai Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M)

  • Berikan Jawapan Tepat kepada soalan yang diberikan
  • Isikan maklumat yang diperlukan
  • Kirimkan melalui pos ke alamat yang disediakan

Syarat penyertaan

  • Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia 18 tahun ke atas
  • Kakitangan Sinar Harian dan Kumpulan Media Karangkraf tidak layak menyertai
  • Hanya keratan akhbar asal diterima. Fotokopi tidak diterima
  • Keputusan adalah muktamad


Bagi saya, semua pembaca Sinar Harian perlu menyertai peraduan ini. Menang kalah itu bergantung keada rezeki masing-masing. Ada beberapa sebab kenapa kita perlu menyertai peraduan ini:
  • Soalan yang perlu dijawab adalah soalan-soalan yang ringkas dan mudah. Dan jawapannya boleh di perolehi daipada akhbar tersebut. 
  • Kadangkala, setiap kali soalan ‘ya’ atau ‘tidak’ ditanyakan, ‘ya’ adalah jawapannya. 
  • Malah, seperti yang saya katakan tadi, ianya bukan peraduan yang memerlukan kita terpaksa mengumpul soalan demi soalan untuk beberapa hari sebelum menghantar.

Apakah uniknya PR1M ini?

Menurut pihak Sinar Harian sendiri dan daripada para pemenang, pengumuman pemenang dan menyampaikan hadiah adalah sangat cepat. Biasanya, dalam tempoh 14 hari sahaja para pemenang sudah memperolehi hadiah wang tunai. Jarang sekali sesebuah peraduan melalui mel mengambil masa begitu singkat dalam menyampaikan hadiah. Ia berbeza daripada banyak peraduan-peraduan lain di mana peserta perlu menunggu berbuan-bulan untuk diumumkan pemenang sesuatu peraduan.

Saya suka menyertai peraduan sebegini. Tidak perlu modal. Ini semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Walau apa pun, wajah-wajah ceria mereka yang telah memenangi peraduan itu memberi saya semangat untuk menyertai peraduan ini. RM1,000 bukanlah satu nilai yang kecil. 

Ok. 

Saya bukanlah dibayar untuk mempromosikan peraduan ini, sekadar untuk berkongsi dan memberikan peluang kepada semua orang untuk menyertai dan berpeluang untuk memenangi peraduan ini. 

Jadi, tunggu apa lagi?

Dapatkan nashkah akhbar Sinar Harian anda dan sertai Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M). Mudah-mudahan dapat merasa RM1000 secara tunai!

Terima kasih kerana membaca Cara Menyertai Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M). Pernah menyertai atau memenangi peraduan ini? Kongsikan di ruangan komen.

2 ulasan:

Back To Top