Cara Memasang Gadget Featured Post pada Blogger

Gadget Featured Post

Gadget Featured post pada Blogger baru sahaja dilancarkan boleh Google. Sepertimana memasang gadget lain pada Blogger, kita hanya perlu Add New Gadget dan pilih Featured Post.

Featured Post pada Blogger


Jika sebelum ini featured post hanya dapat dilakukan dengan menggunakan template tertentu dan juga perlu label sebagai 'featured' untuk post yang nak di munculkan sebagai featured post.

Tetapi kini pengguna platform Blogger mempunyai alternatif yang lebih mudah kerana adanya gadget khusus untuk featured post. Dalam tetapan feature post, kita boleh pilih post secara manual artikel yang kita nak jadikan featured post dan tidak semestinya artikel yang terkini sahaja.


Setelah pemilihan artikel dibuat, kita akan diberikan preview berkaitan artikel yang kita pilih.

Apa kebaikan featured post?

Featured post akan membantu blogger untuk promosikan artikel yang dah lama dalam blog, dan munculkannya kembali ke muka pertama blog.

Di mana nak letak gadget featured post?

Tiada jawapan spesifik kepada soalan ini, ianya sangat bergantung kepada layout blog anda. Tetapi bagi saya elok diletakkan di bahagian sidebar kerana pengujung blog kita akan sentiasa dapat melihat featured post yang kita pilih.

Dengan adanya gadget featured post ini, saya percaya akan memudahkan para blogger untuk mempamerkan artikel-artikel mereka.

Terima kasih kerana membaca Cara Memasang Gadget Featured Post pada Blogger. Anda dah pasang gadget ini? Berikan pendapat anda di bawah tentang gadget featured post Blogger ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top