WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godaddy - Serta Kepentingannya Kepada Blogger

Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godaddy. Masa saya nak memilih tajuk ni pun sebenarnya pening sebab risau bahawa pembaca tidak faham maksud yang saya ingin sampaikan. Saya rasa cara terbaik untuk menerangkan dengan contoh. Ok. Contoh paling mudah untuk saya berikan adalah berdasarkan blog ini.

Domain bagi blog ini adalah : wikicara.org

Salah satu subdomain blog ini adalah : teknikseo.wikicara.org


Bagi contoh di atas, teknikseo.wikicara.org merupakan affiliate link saya bagi Kitab SEO Merah Jambu. Rupa sebenar link affiliate bagi ebook ini adalah panjang dan kurang menarik. Dengan menggunakan sub domain, link affiliate kita akan kelihatan lebih professional dan ia juga 'menyembunyikan' link affiliate anda.

Selain daripada itu, kebaikan menyediakan subdomain adalah sekiranya terdapat sebarang perubahan pada link affiliate produk atau anda ada produk yang lebih baik dan ingin gantikannya, anda tidak perlu betulkan pada setiap link yang ada dalam blog anda, itu akan memakan masa dan agak mustahil bagi orang yang mempunyai ribuan blogpost. Secara tidak langsung, ianya baik untuk para affiliate marketer yang mempunyai ribuan link dalam blogpost mereka.

Sebagai contoh, saya berikan satu situasi..

Ahmad mempromosikan Ebook Rahsia Trafik A dengan Link Affiliate A. Sudah bertahun-tahun beliau mempromosikan link tersebut dan sudah banyak jualan dilakukan dalam blog dan sudah ada lebih dari 100 link dalam blog beliau berkaitan ebook tersebut. Pada suatu hari, Ahmad cuba buka Link Affiliate A dan dapati website tersebut sudah disekat oleh Google (atau lain-lain masalah). Ahmad berasa sedih dan pening mengenangkan pendapatan beliau yang pastinya akan susut dan memikirkan produk bagi menggantikan Ebook Rahsia Trafik A. Setelah puas mencari, akhirnya Ahmad berjaya jumpa Ebook Rahsia Trafik B untuk menggantikan Ebook Rahsia Trafik A, tetapi Ahmad pening pula memikirkan bagaimana nak tukarkan ratusan Link Affiliate A kepada Link Affiliate B di dalam blog beliau.

Ok?

Jika anda ditempat Ahmad, apa yang anda lakukan?
  1. Buat artikel baru untuk Ebook Rahsia Trafik B dan post dalam blog dan biarkan sahaja ratusan link affiliate ebook yang lama? 
  2. Edit dan tukar satu persatu ratusan link affiliate yang ada dalam blog post yang terdahulu?

Sejujurnya, jika saya berada dalam keadaan Ahmad, saya akan memilih pilihan yang pertama. 

Bandingkan pula dengan situasi ini..

Ali merupakan seorang blogger dan dia menjadi affiliate bagi ebook Kitab SEO Merah Jambu. Beliau juga telah menyediakan subdomain bagi link affiliate Kitab SEO Merah Jambu di pembekal domain pilihan beliau. Puluhan blogpost telah diletakkan link affiliate bagi ebook tersebut dan pada satu hari, Ali mencuba link affiliatenya dan mendapati laman web Kitab SEO Merah Jambu sudah digodam dan tidak dapat dimasuki lagi. Ali berasa risau dengan keadaan tersebut dan cuba untuk mencari alternatif bagi menggantikan produk tersebut. Ali kemudiannya menjumpai produk affiliate yang sesuai iaitu Kitab SEO Biru Laut. 

Ali kemudiannya pergi ke pembekal domain blog beliau dan menukar link affiliate bagi sub domain Kitab SEO Merah Jambu kepada link affiliate Kitab SEO Biru Laut. Dan secara automatik, semua link dalam blog beliau yang sebelum ini mempromosikan Kitab SEO Merah Jambu telah bertukar mempromosikan Kitab SEO Biru Laut.

Ok?

Saya harap anda faham dengan penerangan yang saya berikan tentang konsep dan kepentingan sub domain kepada blog kita.

Cara menyediakan sub domain juga adalah mudah. Oleh kerana saya merupakan pengguna Godaddy, saya akan terangkan bagaimana untuk buat di Godaddy. Tetapi saya yakin mana-mana pembekal domain ada menyediakan perkhidmatan sub domain. Anda cuma perlu fahami pilihan-pilihan yang ada pada Domain Manager anda.

  • Untuk menyediakan sub domain di Godaddy, anda perlu log masuk dan pilih My Account - Domain Manage


Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

  • Kemudian, anda akan dibawa kepada halaman domain-domain anda di Godaddy. Pilih domain blog anda pilih Forward Domain.


Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

  • Kemudian pilih tab Subdomain 


Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

  • Kemudian tekan Add Subdomain Forwarding.


Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

  • Isi semua ruang yang diperlukan.


Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godadd

Setelah anda tekan ADD, anda telah berjaya untuk menyediakan sub domain anda sendiri. Pihak Godaddy akan memberikan peringatan bahawa sub domain anda akan aktif dalam masa 24 jam. Tetapi dalam pengalaman saya, sub domain tersebut aktif kurang dari 1 jam.

Begitulah cara untuk menyediakan sub domain di Godaddy serta kepentingannya. 

Ok.

Sedikit promosi, bagi yang nak belajar cara mendapatkan Trafik secara percuma, boleh belajar dengan ebook Rahsia Trafik daripada Majalah Niaga. Dan bagi yang nak jadi sifu SEO, anda boleh belajar melalui Kitab SEO Merah Jambu. Bagi saya kedua-dua ebook ini adalah perlu ada bagi semua blogger. Saya merupakan affiliate kepada kedua-dua ebook ini kerana blog ini berkembang dengan ilmu yang dikongsikan dalam kedua-dua ebook tersebut dan sangat tidak rugi membeli ebook ini.


Terima kasih kerana membaca Cara Menyediakan Sub Domain Blog Anda di Godaddy - Serta Kepentingannya Kepada Blogger. Sebarang persoalan dan komen boleh dinyatakan di ruangan komen.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking