WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menjadi Youtube Partner Program

Cara Menjadi Youtube Partner Program

Jika anda perhatikan, ramai yang memuat naik video di youtube seperti video unboxing dan lain- lain. Ini adalah kerana mereka adalah peserta dalam Youtube Partner program. Mereka memberikan info kepada pengguna dan dalam masa sama mereka buat duit dengan video-video tersebut. Sebelum ini saya pernah berkongsikan cara untuk menjana pendapatan dengan YouTube. Salah satu cara untuk menjana pendapatan dengan YouTube adalah dengan menjadi YouTube Partner program.

Sebelum itu baik rasanya saya tenangkan sikit berdasarkan pemahaman saya tentang apa itu YouTube Partner program. Ia merupakan program yang membolehkan kita menghubungkan akaun YouTube dengan Google Adsense. Dan kemudian iklan akan di paparkan pada video kita dan setiap klik pada iklan kita akan dapat sebahagian komisen. Begitulah konsepnya secara ringkas. 

Ok?

Perkara pertama yang kita perlu ada adalah akaun Google adsense. Anda tidak perlu ada akaun penuh Google adsense. Kalau nak tahu pasal akaun penuh Google AdSense boleh bace artikel berkenaan cara dapatkan akaun penuh Google AdSense. Tetapi apa yang saya nak kata adalah anda tak perlukannya untuk menjadi YouTube Partner. Cukup dengan anda buka Google AdSense dan login dengan akaun Gmail anda. Mudah sahaja untuk buat akaun Google Adsense.

Perkara kedua, anda perlu ada akaun YouTube. Mudah juga, pergi YouTube dan log masuk dengan Gmail anda. Perkara ke tiga ini agak sukar dan memakan masa. Ianya adalah anda perlu upload video ke dalam akaun YouTube anda.

Nak upload video apa?

Secara asasnya video apa pun boleh. Tapi yang paling bagus adalah video yang menarik minat orang dan menarik mereka untuk subscribe channel YouTube anda. Anda juga boleh download video YouTube dan upload semula ke channel anda sepertimana yang banyak di tunjukkan dalam eBook buat duit dengan YouTube, tetapi bagi saya, cara yang paling selamat dan untuk jangka masa panjang adalah dengan upload video milik anda sendiri.

Kenapa subscriber penting?

YouTube hanya membenarkan mereka yang berpotensi tinggi untuk menjadi partner. Salah satu cirinya adalah dengan mempunyai subscriber yang banyak. Tapi untuk mendapatkan subscriber bukanlah sesuatu yang mudah kecuali anda mempunyai video yang menarik. Biar saya kongsikan satu cara untuk menarik subscriber. Ini adalah apa yang saya dapati dari channel YouTube saya sendiri.

Cara Menjadi Youtube Partner Program

Apa caranya?

Masa mula-mula dulu saya upload video ke Youtube untuk suka-suka sahaja. Tapi tanpa disangka dapat subscriber yang agak banyak dan akhirnya berjaya dapat jadi YouTube partner. Video pertama yang saya upload adalah video lagu Opick yang saya edit dan tambahkan lyrik lagu pada video tersebut. Walaupun video tersebut adalah copyright, tetapi ianya berjaya menarik ramai subscriber pada channel saya. Dengan video itu sahaja saya berjaya dapat lebih seribu subscriber. Mungkin tidak lah banyak sangat, tetapi pencapaian yang mengejut untuk saya pada ketika itu. Kemudian barulah saya tambahkan video saya sendiri.

Bila saya tahu saya layak menjadi YouTube partner?

Jika anda perhatikan, pada channel yang baru anda bina, tiada pilihan untuk monetize video anda pun. Tetapi jika anda sudah layak, secara automatik, akan ada pilihan untuk anda linkkan akaun adsense anda dengan akaun YouTube anda. Bagi saya sendiri, saya dapat menjadi YouTube partner apabila subscriber saya mencecah lebih kurang seribu. Saya tidak ingat secara spesifik dan tiada skrinshot nak tunjukkan sebab masa saya dapat akaun tu blog ni tak wujud pun lagi.

Cara Menjadi Youtube Partner Program


Bila anda sudah dapat jadi YouTube Partner, anda bolehlah upload video anda dan mula buat duit dengan YouTube. Pada pendapat saya, sebagaimana pentingnya artikel unik pada blog kita, sebegitulah juga pentingnya video unik dalam YouTube channel kita. Mungkin ianya berlainan dengan apa yang dikongsikan oleh pakar buat duit dengan YouTube tapi begitulah pandangan saya.

Cara Menjadai Youtube Partner Program

Ok. 

Selamat mencuba bagi yang ingin mencuba untuk menjana pendapatan dengan YouTube. Saya sendiri masih mencari idea dan style video saya sendiri untuk dikongsikan dalam channel.

Terima kasih kerana membaca cara menjadi YouTube Partner program. Berikan komen serta pengalaman anda diruangan komen di bawah.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking