WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Terbaik Untuk Menghargai Ibu Bapa

cara menghargai ibu bapa

Saya tertarik dengan satu post yang telah dikongsikan oleh Fizo Omar di laman Facebooknya berkenaan Cara menghargai Ibu Bapa. Walaupun topik menghargai ibu bapa sudah berulangkali dibangkitkan tidak kira sama ada di sekolah, di dalam ceramah-ceramah agama dan sebagainya, tetapi saya rasa ianya amat penting untuk diingatkan sentiasa kepada semua orang yang bergelar anak. Tambahan lagi, bagi anak yang bekerja dan duduk jauh daripada ibu bapa.

Menghargai Ibu Bapa biasanya tidak memerlukan kos selain kos kasih sayang daripada seorang anak. 

Antara 7 cara menghargai ibu bapa yang dikongsikan oleh Fizo Omar adalah:

cara menghargai ibu bapa

Saya bersetuju dengan cara menghargai ibu bapa yang dikongsikan dan saya terpanggil untuk menuliskan semula berkenaan ini. Selain daripada itu, saya juga rasa ada beberapa perkara tambahan yang kita boleh lakukan untuk menghargai ibu bapa kita. 

Membantu ibu bapa membuat kerja rumah

Peringatan khasnya untuk diri saya sendiri. Membantu ibu bapa dengan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas atau membersihkan laman merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa.  Jika  kita boleh habiskan masa berjam untuk bekerja kenapa tidak boleh meluangkan sedikit masa untuk membantu ibu bapa.

Kerap makan bersama ibu bapa dan keluarga

Tidak kira sama ada anda sudah berkeluarga atau bujang, makan bersama keluarga akan menjadikan hubugan kekeluargaan bertambah akrab. 

Mentaati Perintah Allah

Anak yang mentaati perintah Allah adalah anak yang paling menghargai ibu bapa. Ini adalah kerana anak yang soleh adalah merupakan saham dunia dan akhirat bagi ibu dan bapa. Bagi saya, tiada yang lebih menyejukkan perut ibu yang mengandung dan mententeramkan hati seorang bapa selain melihat anaknya melakukan 3 perkara ini:
  • Tidak meninggalkan solat
  • Membaca Al-Quran setiap hari
  • Menutup Aurat

Ok. 

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga kita semua menjadi insan yang sentiasa menghargai ibu bapa kita. Dan menjadi saham dunia dan akhirat untuk ibu bapa kita.

Terima kasih kerana membaca Cara Terbaik Untuk Menghargai Ibu Bapa. Kongsikan cara anda menghargai ibu bapa anda semoga ianya turut menjadi panduan semua pembaca.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking