Cara Menjana Pendapatan dengan Youtube

cara menjana pendapatan dengan youtube

Tahukan anda bahawa kita boleh menjana pendapatan dengan Youtube? Dan pernah tak anda terfikir kenapa banyak sangat video-video yang diviralkan dari Youtube seperti Dubsmash dan lain-lainnya? Ini adalah kerana orang yang muatnaik video ke Youtube berpeluang untuk menerima sedikit komisen daripada Youtube. Begini konsepnya, kita muat naik video ke Youtube untuk menarik ramai orang menontonnya, dalam masa yang sama Google juga memerlukan orang ramai untuk melihat iklan-iklan mereka. Jadi, Google akan meletakkan iklan di sekitar video kita dalam masa sama untuk menarik penonton yang menonton video kita. Dan jika penonton video tersebut klik pada iklan yang dipaparkan, pemilik video akan menerima sedikit ganjaran dari Google. Inilah program yang dikenali sebagai Youtube Partner Program. 

Bagi yang nak menyertai program ini, salah satu syarat yang saya tahu adalah mesti mempunyai subscriber yang ramai. Tetapi saya tidak pasti berapa subscriber yang perlu ada untuk mula memohon untuk menjadi Youtube Partner Program. Contoh paling hampir yang saya dapat berikan adalah Youtube Channel saya iaitu thehaikal. Channel tersebut hanya dapat menyertai Youtube Partner Program apabila subscriber mencecah 1000 orang. 

Saya akan ceritakan cara untuk menyertai Youtube Partner Program dengan lebih terperinci dilain artikel kerana kali ini saya nak lebih fokus untuk menceritakan secara umum cara menjana pendapatan dengan Youtube. Saya bukanlah pakar dalam perkara ini tetapi saya sendiri masih belajar untuk mempraktikkan penggunaan Youtube untuk menjana pendapatan. Apa yang saya tulis ini hanyalah sekadar perkongsian saya berdasarkan daripada apa yang saya tahu dan pembacaan saya.

Ok..Setakat ini, dalam carian saya, terdapat 4 cara untuk menjana pendapatan dengan menggunakan platform Youtube. 4 perkara tersebut adalah:

Gunakan Youtube untuk menarik trafik ke blog 

Jika anda mempunyai blog atau website, salah satu cara untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog anda adalah dengan menggunakan Youtube. Buat satu (atau lebih) video berkaitan dengan topik yang anda bincangkan dalam blog dan kemudian muatnaik ke Youtube. Pada penerangan video tersebut, berikan pautan ke blog anda. Ini amatlah bagus sekiranya blog anda memang menjual produk dan lebih ramai pengunjung ke blog akan meningkatkan kebarangkalian produk anda terjual.

Buat produk dan promosikannya di Youtube

Anda tidak semestinya perlu membuat produk anda sendiri. Jika anda ada menyertai program dropship, anda boleh buat video ringkas berkaitan produk tersebut atau jika anda ada menyertai program affiliate, anda juga boleh membuat sedikit ulasan berkaitan produk tersebut dan muatnaik ke Youtube.

Videokan bakat anda

Jika anda pandai melukis, anda boleh videokan anda sedang melukis. Jika anda pandai make up orang, anda boleh buat tutorial cara untuk make up. Malah ramai yang memvideokan bagaimana cara untuk memakai tudung, shawal dan lain-lain. Tiada had untuk perkara yang anda boleh videokan. Memvideokan bakat anda membolehkan anda memasarkan bakat anda dan juga produk anda.

Youtube Partner Program

Seperti yang saya katakan diawal tadi kita boleh menjana pendapatan dengan menyertai Youtube Partner Program. Secara ringkasnya, anda buat video, muatnaik, google letak iklan, pengunjung klik iklan, dan anda dapat ganjaran. Begitulah konsepnya. Tetapi secara praktikalnya ianya tidak semudah itu. Pertama sekali anda perlu ilmu berkenaan Youtube Partner Program. Bagi yang serius mahu menjana pendapatan di Youtube anda perlu mendapatkan ebook Buat Duit Dengan Youtube kerana di situ penerangan diberikan adalah lebih terperinci dan diterangkan oleh orang yang lebih pakar.

Itulah secara ringkas cara untuk menjana pendapatan dengan Youtube. Sekiranya anda ada cara lain, bolehlah dikongsikan diruangan komen.

Lagi sekali, bagi yang benar-benar serius ingin menyertai Youtube Partner Program, anda perlu dapatkan ebook Buat Duit Dengan Youtube yang ditulis oleh saudari Masfira Binti Abd Latif. 

Terima kasih kerana membaca Cara Menjana Pendapatan dengan Youtube. Sekiranya bermanfaat, kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top