Cara Memendekkan URL dengan menggunakan Lynk.my

Cara Memendekkan URL dengan menggunakan Lynk.my

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang laman sesawang yang memberikan perkhidmatan memendekkan URL iaitu Lynk.my. Saya juga ada berkongsikan juga dengan anda berkaitan pertandingan yang dianjurkan oleh Lynk.my iaitu Contest Review Lynk.my 2015 yang berlangsung dari 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Masih ada beberapa slot untuk anda memenangi hadiah saguhati dengan menyertai pertandingan ini. Setakat ini sudah ada lebih kurang 20 blogger Malaysia yang menyertai pertandingan ini (termasuk blog ini). Ada lebih kurang 30 slot lagi untuk anda mendapat hadiah saguhati penyertaan. 

Untuk lebih memahami ulasan asas berkaitan Lynk.my, anda boleh baca artikel saya berkenaan Lynk.my dan Contest Review Lynk.my 2015.

Ok.. Kali ini saya nak memperincikan lebih lagi berkaitan bagaimana cara untuk memendekkan URL di Lynk.my. 

Bagi saya, memendekkan URL adalah penting dalam 3 situasi berikut:
  1. Untuk fungsi link tracking
  2. Memendekkan URL affiliate
  3. Untuk sharing link pada media sosial

Fungsi link tracking

Link tracking adalah penting untuk setiap blogger untuk memastikan keberkesanan link yang dikongsikan. 

Memendekkan URL affiliate

Saya pasti setiap blogger di Malaysia ada menyertai program affiliate termasuklah blog ini. URL bagi program affiliate biasanya panjang dan 'tidak cantik', tetapi dengan menggunakan Lynk.my, URL tersebut akan menjadi pendek dan nampak selaras antara semua link affiliate. 

Perkongsian Media Sosial

Perkongsian di Twitter mempunyai had bilangan huruf yang boleh ditulis. Jadi dengan memendekkan URL, kita boleh menulis lebih sedikit.

Ok..seterusnya adalah langkah-langkah untuk memendekkan URL di Lynk.my. Tetapi sebelum itu anda perlulah mendaftar secara percuma di Lynk.my. Jika anda belum mendaftar, anda boleh mendaftar di sini --- Daftar Lynk.my

Terdapat 2 pilihan akaun di Lynk.my iaitu Publisher dan Advertiser. Kita perlu mendaftar sebagai Publisher untuk memendekkan URL. Advertiser pula adalah sekiranya kita ingin mengiklankan produk kita melalui perkhidmatan Lynk.my. Jangan risau kerana apabila kita sudah mendaftar, kita boleh bertukar sesuka hati antara akaun Publisher dan akaun Advertiser.

Jika anda sudah buat akaun Lynk.my, login ke akaun anda.

Cara Memendekkan URL dengan menggunakan Lynk.my

Apabila kita sudah mendaftar, kita sudah boleh masuk ke ruangan utama Lynk.my. Gambar di atas adalah paparan yang akan dapat anda lihat pada laman utama.

contest review lynk.my 2015

Pada akaun Lynk.my, kita akan dapat lihat beberapa tab iaitu:

  • Dashboard: Menerangkan statistik link anda.
  • Create link: Digunakan untuk memendekkan URL (hanya satu URL setiap kali )
  • Manage Links: Pautan untuk kita edit atau buang URL yang telah kita pendekkan.
  • Tools: Pelbagai tools yang boleh dgunakan untuk intergrate Lynk.my dengan website atau blog kita. Ia juga boleh memendekkan URL dalam bulk URL
  • Account : Tempat untuk kita mengemaskini akaun kita, cara pembayaran dan alamat.
Ok? Untuk memendekkan URL, masukkan URL tersebut dalam ruangan 'Enter URL here..' dan kemudian tekan 'Lynk it!'


cara memendekkan URL dengan Lynk.my

Setelah masukkan URL dan tekan Lynk it!, URL yang telah dipendekkan akan dipaparkan.

contest review lynk.my 2015

Ok?..

Seterusnya kita boleh menyemak statistik link yang kita kongsikan di ruangan Manage Links.


contest review lynk.my 2015

Apa yang lebih menarik adalah, setiap kali link kita dilawati, kita akan berpeluang untuk menjana sedikit pendapatan. Ini kerana setiap kali link kita dilawati, pengunjung akan siarkan dengan sedikit iklan dalam beberapa saat. 

Tetapi anda tidak perlu risau kerana iklan-iklan ini adalah dari Malaysia sahaja. Jadi kebanyakan iklan adalah bermanfaat kepada pengunjung anda. Malah mengikut Lynk.my, iklan yang akan dipaparkan adalah mengikut keperluan pengguna.

Jadi, lebih ramai orang yang klik link kita, lebih banyak peluang untuk kita menjana pendapatan. Bagi yang baru nak mendaftar, boleh ke link ini -- Daftar Lynk.my

Jika anda mempunyai blog anda sendiri, anda juga boleh menyertai Contest Review Lynk.my 2015 untuk memeriahkan lagi pertandingan ini.

Itulah cara asas untuk memendekkan URL dengan menggunakan Lynk.my. Sebarang persoalan bolehlah diajukan di ruangan komen. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top