Cara Menghentikan SMS SPAM Yang Diterima

Cara Menghentikan SMS SPAM Yang Diterima

Tiada siapa yang sukakan SMS SPAM. Tahukah anda cara untuk menghentikan SMS SPAM yang diterima? Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk mengenal jenis SMS yang diterima berdasarkan kod awalan. Secara ringkasnya terdapat beberapa jenis kod awalan SMS perkhidmatan yang biasa kita terima.

Kod Awalan Perkhidmatan Pembekal Kandungan (3****)

Sekiranya SMS bermula dengan nombor 3, maka ia adalah SMS yang dihantar oleh pembekal kandungan yang meminta pelanggan untuk melanggan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh melanggan video, nada dering dan sebagainya. Sekiranya kita setuju untuk melanggan perkhidmatan yang mereka tawarkan, maka kita akan dikenakan caj atas setiap langganan tersebut sama ada secara bulanan ataupun setiap kali SMS diterima.

Walaupun SMS jenis ini sebenarnya tidak dikategorikan sebagai SPAM, tetapi ia boleh menyebabkan kita secara tidak sengaja akan melanggan dan dikenakan bayaran melalui potongan kredit atau bil. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan SMS yang bermula dengan kod awalan nombor 3.

Jadi, pada kali ini saya akan kongsikan kepada semua, apa yang kita boleh lakukan bagi menghentikan SMS sebegini dan kod arahan lain yang berkaitan.

Kod arahan pertama (STOP)



Untuk menghentikan langganan, anda boleh membalas SMS ke nombor tersebut dengan menaip STOP dan kemudian hantar.

Kod arahan kedua (OUT)



Jika cara pertama tidak berkesan, anda boleh cuba menaip OUT dan balas SMS yang kita terima untuk menghentikan sebarang penerimaan SMS perkhidmatan.

Kod arahan ketiga (STOP ALL)



Selain itu, anda juga boleh cuba menghentikan penerimaam SMS tersebut dengan menaip STOP ALL dan balas SMS yang kita terima.

Kod arahan keempat (HELP)



Sekiranya semua cara di atas masih tidak berkesan, anda boleh menaip HELP dan balas SMS yang kita terima untuk mendapatkan bantuan pada arahan langganan lain. Anda kemudian akan diberikan kod atau panduan untuk menghentikan langganan oleh pembekal perkhidmatan tersebut.

Diharapkan perkongsian saya ini memberi manfaat kepada pembaca di luar sana. Jadi sekiranya anda sering dikenakan caj dari SMS langganan maka anda bolehlah cuba gunakan kod arahan yang saya kongsikan tadi. Semoga masalah kredit kita ditolak secara tidak sengaja ini dapat diselesaikan. 

Terima kasih kerana membaca Cara Menghentikan SMS SPAM Yang Diterima. Adakah kod-kod yang saya kongsikan membantu anda? Berikan komen anda di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top