WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Membaca Komik Malaysia Online Secara Percuma

Cara Membaca Komik Malaysia Online Secara Percuma

Tahukah anda bahawa anda boleh membaca komik Malaysia secara online? Lebih kurang sepuluh tahun lepas, majalah Ujang, majalah Gila-Gila dan lain-lain sering menjadi penghibur dewasa, remaja dan kanak-kanak, tetapi sekarang pelbagai komik telah diterbitkan secara online dan boleh diperolehi dengan percuma. Malah banyak majalah komik Malaysia sudah mula gulung tikar atau terpaksa beralih arah ke dunia siber untuk menuruti kehendak semasa. Tambahan lagi pelbagai jenis manga dari Jepun tumbuh bagaikan cendawan turut merencatkan pertumbuhan komik di Malaysia.

Ok.

Pada kali ini saya ingin kongsikan laman web untuk membaca komik Malaysia secara online. Dan komik-komik tersebut adalah dilukis oleh pelukis-pelukis tempatan. Saya juga dapati terdapat banyak komik yang dilukis oleh pelukis freelance ini adalah amat berkualiti.

Memperkenalkan Matkomik.com

Cara Membaca Komik Malaysia Online Secara Percuma

Belum pun lama Matkomik diwujudkan tetapi sambutannya amat menggalakkan. Setakat ini sudah ada 266 karya komik dipaparkan di laman tersebut, dengan 132 pelukis dan 13 genre. Saya suka melihat pelbagai karya yang disediakan di laman tersebut. Kita boleh membaca komik-komik Malaysia di laman web tersebut secara percuma. Tidak perlu log masuk dan sebagainya. Selain daripada itu, jika anda mempunyai bakat dalam lukisan, anda juga boleh menghantarkan karya anda di sana.

Bagaimana nak hantar karya komik di Matkomik?

Penghantaran komik juga sangat mudah. Kita hanya perlu isikan borang yang tersedia pada laman web Matkomik dan attachkan karya kita. Pihak Matkomik akan berikan maklumbalas sekiranya karya anda diterima. Tetapi rasanya sekarang ini, Matkomik tidak memilih sangat komik yang nak dipaparkan di laman web tersebut kerana ia masih perlukan karya untuk terus berkembang. Tetapi pastikan komik tersebut berkualiti. Bagi sesiapa yang memang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia komik, saya sarankan mulakan di sini.

Boleh dapat duit?

Masih dalam perancangan untuk Matkomik memberikan penghargaan kepada para pelukis yang menghantar karya mereka di Matkomik. Terdapat beberapa cadangan untuk menambahkan minat pelukis untuk menghantar karya di Matkomik antaranya melalui Program Iklan Google Adsense. Ini ada dinyatakan dalam blog Matkomik sendiri. Komik yang menjadi Top 5 paling popular dan Top 5 paling digemari akan berpeluang untuk menyertai program ini. Dalam program ini, setiap kali pembaca membaca komik, akan ada iklan disekeliling komik dan setiap pendapatan dari iklan tersebut sebahagiannya akan diberikan kepada pelukis. Walaupun ini merupakan percubaan baru dari pihak Matkomik, tetapi ianya adalah sesuatu yang dapat memberikan semangat kepada para pelukis untuk terus berkarya. Dan saya percaya, banyak lagi program yang akan diwujudkan dalam masa akan datang.

Saya yakin, Matkomik akan menjadi platform komik Malaysia yang baik dimasa akan datang dan akan menyerikan lagi industri komik online di Malaysia. Bagi yang ada bakat melukis, saya cadangkan anda untuk hantar karya anda secepat mungkin kerana anda mungkin dapat berkembang bersama-sama Matkomik. 

Terima kasih kerana membaca Cara Membaca Komik Malaysia Online Secara Percuma. Dah lawat Matkomik? Berikan pendapat anda di ruangan komen.

2 ulasan: Leave Your Comments

  1. Wah! terima kasih untuk reviu ini. Saya hargainya sangat-sangat.
    Sokongan anda sungguh bermakana. Bersama-sama kita memajukan industri Komik Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Matkomik akan terus berkembang ;-) InsyaAllah satu hari nanti saya akan hantar karya saya di sana juga :-)

      Padam

click tracking