Cara Menggunakan Mi Drop - Feature terbaru daripada MIUI 7

Cara Menggunakan Mi Drop - Feature terbaru daripada Xiaomi

Saya ada berita yang menarik untuk pengguna smartphone jenama Xiaomi. Dalam update terbaru bagi MIUI 7, pihak MIUI developer telah menambah satu lagi ciri hebat yang dikenali sebagai Mi Drop. Mi Drop adalah satu aplikasi tersedia yang membolehkan pengguna smartphone Xiaomi seperti saya dapat menghantar fail bersaiz besar diantara smartphone Xiaomi dalam kelajuan tinggi. Itulah yang dikatakan oleh pembangun bagi Mi Drop ini.

Bagi yang masih menggunakan MIUI 6 dan ingin menaiktaraf ke MIUI 7, boleh ikuti tutorial cara update kepada MIUI 7 dan praktikkan sepertimana yang ditunjukkan. Mi Drop hanya terdapat pada MIUI 7 ROM Beta / Developer version dan ini bermakna, jika anda beli telefon jenama Xiaomi di kedai, tiada Mi Drop pada telefon anda. Tetapi saya pasti bahawa Mi Drop ini akan di masukkan ke dalam default ROM tidak lama lagi.

Mi Drop sebenarnya menggunakan teknologi Wifi Direct yang membolehkan fail dihantar dengan menghubungkan wifi antara 2 buah smartphone. Sebelum ini banyak aplikasi tambahan seperti ES File Explorer dan lain-lain aplikasi yang membenarkan perpindahan melalui wifi direct, tetapi buat pertama kalinya Xiaomi menjadikan perkongsian melalui Wifi Direct adalah salah satu aplikasi tersedia dalam MIUI ROM.

Untuk menggunakan Mi Drop antara telefon Xiaomi, kedua-duanya perlu ada Mi Drop. Konsepnya adalah hampir sama seperti kita menghantar fail dengan menggunakan Bluetooth, tetapi ianya jauh lebih pantas. 

Sebagai contoh:



Saya sendiri sudah cuba memindahkah satu folder fail gambar dan video bersaiz 60MB dengan menggunakan Mi Drop. Dan hasilnya memang memberangsangkan. Folder gambar dan video tersebut dapat dipindahkan dengan hanya kurang dari 5 saat!.

Bagi saya, feature terbaru ini amat bermanfaat kepada para pengguna telefon pintar Xiaomi. Begitulah serba ringkas tentang cara menggunakan Mi Drop pada telefon Xiaomi. Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan Mi Drop - Feature terbaru daripada MIUI 7. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top