Cara Memuat turun Video Menggunakan Telefon Pintar Android

Cara Memuatturun Video Menggunakan Telefon Pintar Android

Jika anda masih tercari-cari aplikasi untuk digunakan bagi memuatturun video di internet pada telefon pintar android, artikel ini adalah jawapan terbaik untuk anda. Bagi saya ini adalah aplikasi terbaik untuk memuat turun video melalui telefon pintar. Memuat turun video adalah penting untuk menjimatkan data internet anda. Ok, aplikasi yang saya maksudkan adalah TubeMate.

TubeMate adalah aplikasi android yang dibina khas untuk memuat turun video di internet. Setakat artikel ini ditulis, TubeMate boleh memuat turun video daripada 10 laman sesawang video termasuk video daripada laman Facebook. TubeMate tidak boleh di muat turun daripada Google Play seperti aplikasi biasa. Ini berkemungkinan kerana aplikasi ini boleh memuat turun mana-mana video di Youtube dan itu mungkin tidak disukai oleh pihak Google. Malah ia mungkin melanggar terma dan syarat dari Google. 

Oleh itu, aplikasi ini hanya boleh di muat turun daripada laman web rasmi TubeMate. Kita boleh muat turun aplikasi ini terus dari telefon pintar kita dan kemudian pasangkan ke dalam telefon kita. Versi TubeMate terkini semasa artikel ini ditulis adalah versi 2.2.6. 

10 laman video yang mampu dimuat turun oleh TubeMate adalah:

  1. Youtube
  2. DailyMotion
  3. YouKu
  4. Facebook
  5. Vimeo
  6. MetaCafe
  7. Google Video
  8. Naver
  9. Daum
  10. LeTV
Cara penggunaan TubeMate untuk memuat turun video di telefon pintar juga amat mudah. Anda hanya perlu buka aplikasi TubeMate, kemudian pilih laman video yang dikehendaki.
Cara Memuat turun Video Menggunakan Telefon Pintar Android



Kemudian anda perlu tunggu video tersebut play sebentar dan tekan pada anak panah hijau di bahagian kanan atas aplikasi ini. Setelah itu anda boleh memilih resolusi video yang anda kehendaki.
Cara Memuat turun Video Menggunakan Telefon Pintar Android

Kemudian anda hanya perlu tunggu video tersebut siap di muat turun.
Cara Memuat turun Video Menggunakan Telefon Pintar Android
Begitulah cara untuk memuat turun video menggunakan aplikasi TubeMate. Amat mudah dan berguna, terutamanya yang mahu memuat turun video untuk pembelajaran anak-anak. 

Ok..Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca Cara Memuat turun Video Menggunakan Telefon Pintar Android. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah untuk mendownload atau menggunakan aplikasi ini, boleh ajukan diruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top