Cara Buat Backup Blog di Blogger

Cara Buat Backup Blog di Blogger

Cara Buat Backup Blog di Blogger. Saya pasti semua blogger di dunia ini mengharapkan blog mereka sentiasa dalam keadaan baik dan lancar. Begitu juga dengan saya. Walaubagaimanapun, hari tidak sentiasa cerah dan adakalanya blog kita mengalami pelbagai masalah. Untuk mengurangkan keresahan itu, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan membuat backup untuk blog kita. Pada kali ini, saya ingin kongsikan cara untuk membuat backup blog di platform Blogger.

Bagi semua yang berblog di platform Blogger, pihak Blogger ada menyediakan kepada para blogger kemudahan untuk membuat backup secara manual. Ini bermakna, setiap blogger perlu download backup secara berkala untuk mengurangkan risiko kehilangan data dalam blog kita.

Cara  untuk buat backup di Blogger adalah:

Buka akaun Blogger anda dan pilih blog anda. Kemudian pilih pada Setting. Pada bahagian Blog Tools anda akan dapat lihat pautan Export Blog. 

Cara Buat Backup Blog di Blogger

Tekan Export Blog dan anda akan diberikan arahan untuk Download Blog anda. 

Cara Buat Backup Blog di Blogger

Fail backup akan dimuat turun dalam format .XML dan jika blog anda mengalami sebarang masalah, anda boleh Import semula fail ini di pautan Import Blog.

Apa maklumat yang dibackup?

Maklumat yang dibackup dari blog anda adalah blogpost dan juga komen-komen dalam blog anda.

Berapa kerap perlu backup blog?

Secara umumnya tiada had kekerapan untuk anda lakukan backup. Ia juga bergantung kepada berapa kerap anda kemaskini blog anda. Sekiranya dalam satu hari anda menerbitkan banyak blogpost, ada baiknya anda lakukan backup setiap hari sebelum tidur. Tetapi jika anda hanya kemaskini blog anda beberapa kali seminggu, anda boleh backup blog anda sekali dalam seminggu. Ianya bergantung kepada anda.

Saya sendiri membuat backup blog saya seminggu sekali kerana saya menerbitkan artikel dalam blog ini secara purata satu blogpost setiap hari. Dan selain daripada membuat backup di Blogger, saya juga membuat backup blogpost saya ke Google Drive. 

Semoga kita sebagai blogger dapat berblog dengan lebih tenang selepas ini dan bagi anda yang belum pernah buat backup untuk blog anda, ada baiknya ada buat backup sekarang sebelum terlambat.

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Backup Blog di Platform Blogger. Berikan komen anda dan kekerapan anda backup blog anda untuk panduan dan perkongsian bersama.
Back To Top