Cara Menggunakan Whatsapp di Komputer

Cara Menggunakan Whatsapp di Komputer

Rata-rata semua orang pernah menggunakan Whatsapp di telefon pintar. Tetapi pernahkah anda menggunakan Whatsapp di komputer? Ok, sebelum itu saya nak ceritakan serba ringkas sejarah kewujudan Whatsapp ni. Whatsapp mula dibangunkan pada tahun 2009  dan nama Whatsapp dipilih kerana bunyinya seakan-akan 'What's Up' yang selalu digunakan untuk menyapa kawan-kawan. Kehebatan Whatsapp terserlah apabila ianya akhirnya dibeli oleh pemilik Facebook pada awal tahun 2014 dengan harga USD 19 bilion!

WhatsApp kini hampir menjadi perhubungan yang utama berbanding SMS dan cara yang lain. Malah, orang yang tidak menggunakan WhatsApp akan dianggap pelik. Walaubagaimanapun, kekurangan utama WhatsApp pada saya adalah ianya memerlukan data internet berbanding SMS yang tidak memerlukan data internet. Mungkin bukan satu masalah pun bagi anda kerana anda sememangnya pelanggan data internet di telefon pintar anda. Itu sekadar pandangan saya.

Ok..Berbalik kepada topik kita pada kali ini. Bagi yang masih belum tahu, WhatsApp kini sudah boleh digunakan melalui komputer anda. Pada saya, integrasi antara WhatsApp dan komputer adalah penting sekiranya WhatsApp digunakan sebagai media utama untuk komunikasi antara penjual dengan pembeli. Selain itu juga, ia memudahkan anda untuk menaip dengan menggunakan keyboard komputer anda. Rasanya tidak perlulah saya senaraikan kenapa perlu menggunakan Whatsapp di komputer kerana ianya sememangnya bergantung kepada keadaan sebenar anda. 

Cara untuk menggunakan WhatsApp di komputer juga amat mudah. Pertama sekali anda perlu buka laman WhatsApp web. Tiada login atau daftar diperlukan. Kemudian anda akan dipaparkan satu QR code. 

Cara Menggunakan Whatsapp di Komputer

Anda perlu scan QR code tersebut dengan menggunakan aplikasi WhatsApp di telefon pintar anda. Untuk itu, buka WhatsApp di telefon pintar anda dan buka setting dan pilih WhatsApp web. Satu QR scanner akan dibuka dan anda perlu scankan QR kod yang terpapar di skrin komputer anda tadi.


Apabila anda scan QR kod tersebut, paparan WhatsApp anda akan terpapar secara automatik di skrin komputer dan anda sudah boleh mula menggunakan WhatsApp di komputer anda.


Mudah bukan? 

Satu lagi perkara yang saya nak ingatkan adalah, selepas anda menggunakan Whatsapp di komputer, pastikan anda logout. Ini adalah sangat penting jika komputer yang anda gunakan bukanlah komputer peribadi anda. Jika anda tidak logout, apabila orang lain buka Whatsapp Web di komputer tersebut, ia akan memaparkan paparan Whatsapp anda! Cara logout juga amat mudah. Pergi ke setting dan pilih semula Whatsapp Web dan pilih 'Logout from All Computers'

Cara Menggunakan Whatsapp di Komputer

Ok..Itu sahaja setakat ini..Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca cara menggunakan Whatsapp di computer. Berikan komen anda tentang bila anda selalu gunakan WhatsApp web ini di ruangan komen.

3 ulasan:

  1. dah try.

    memang leh buat.

    senang sikit la nak layan customer. hoho

    BalasPadam
  2. kannn..hehe..kalau anak nak buat main hphone pun boleh..tak payah nak berebut hpphone dengan anak sebab nak reply whatsapp..untuk bro titan lagi best..tulis blog sambil reply Whatsapp kat komputer..terbaikk ;-)

    BalasPadam
  3. mohon share bila da scan kita kluar whatsapp app mcm mna nk tgk lg ehh.. cnth fone yg nk scan xdk dgb kita..tp kga da scan..

    BalasPadam

Back To Top