Cara Buat Gambar GIF daripada Video

Cara Buat Gambar GIF daripada Video

Bagaimana cara buat gambar GIF daripada Video? Anda mungkin pernah melihat gambar yang bergerak dalam beberapa saat dan berulang-ulang. Ini adalah gambar dalam format GIF atau panjangnya Graphic Interchange Format. Salah satu cara untuk menjadikan blog atau laman web kita lain dari yang lain adalah dengan menggunakan gambar dengan format GIF. Walaubagaimanapun, gambar ini biasanya mempunyai saiz yang lebih besar berbanding JPEG. 

Pernahkan anda terfikir, cara membuat animasi berbentuk GIF? Sebenarnya ada cara yang mudah untuk mengedit video daripada Youtube ke dalam bentuk GIF. Anda tidak perlu download video yang ada pada Youtube, anda hanya perlukan laman web yang dikenali sebagai GIF Youtube.

Cara penggunaannya juga adalah mudah. Untuk menggunakannya, kita hanya perlu membuka video yang diperlukan di YouTube, kemudiannya anda perlu tambah perkataan GIF pada bahagian hadapan URL berkenaan seperti gambar di bawah.


Kemudian, anda akan dibawa ke laman web gifyoutbe dan di laman tersebut anda boleh memilih bahagian mana video yang ingin ditukarkan ke GIF.

Cara Buat Gambar GIF daripada Video

Untuk memilih latar masa permulaan, anda hanya perlu klik sekali pada video berkenaan (mengikut bila yang anda ingin menjana GIF), dan seterusnya memilih jangka masa untuk sesuatu GIF (seperti selama 5 saat video berkenaan). Selain itu, kita boleh menambahkan Caption pada GIF yang kita akan sediakan. Sebaik sahaja selesai, pengguna boleh memilih untuk menjana GIF berkenaan, dan ia akan dihasilkan dalam masa beberapa saat melalui perkhidmatan tersebut.

Cara Buat Gambar GIF daripada Video

Ini adalah contoh hasil yang telah saya sediakan. 



Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Gambar GIF daripada Video. Anda dah cuba? Berikan pengalaman anda menggunakan perkhidmatan tersebut diruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top