WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mematikan Video Facebook Yang Dimainkan Secara Automatik

Cara Mematikan Video Facebook Yang Dimainkan Secara Automatik

Adakah anda perasan bahawa sejak beberapa bulan lepas Facebook telah memberikan ciri terbaru dalam laman Facebook di mana video yang ada di timeline atau newsfeed anda akan secara automatik dimainkan apabila kita scroll newsfeed akaun Facebook kita. Apa yang tidak digemari ramai adalah apabila video di Facebook dimainkan secara automatik akan sedikit sebanyak menggunakan data internet kita. Bagi yang suka berjimat data internet, pastinya bukan suatu penambahbaikan yang disukai daripada Facebook. Walaubagaimanapun, ciri autoplay ini sebenarnya boleh dimatikan dalam tetapan Facebook anda sama ada di komputer ataupun di aplikasi Facebook di peranti Android anda.

Facebook di Komputer

Untuk mematikan tetapan video automatik ini di komputer, anda perlu masuk ke Setting dan pilih Video. Di sini ada tetapan untuk anda Off untuk Video yang dimainkan secara automatik. 

Cara Matikan Video Facebook Dimainkan Secara Automatik

Pergi ke halaman Settings di web, dan kemudian memilih Videos pada menu dibahagian kiri bawah.

Pada tetapan Videos, di bahagian Auto-Play Videos, anda boleh memilih untuk Off dan ia tidak akan memainkan video lagi secara automatik. Selain daripada membuat tetapan untuk Off untuk video dimainkan secara automatik, kita juga boleh membuat tetapan bagi kualiti video yang dimainkan di Facebook.  Tetapan ini amat berguna untuk mereka yang mahu menjimatkan data internet tetapi dalam masa sama ingin menggunakan ciri video yang diberikan oleh Facebook.

Aplikasi Facebook Android

Bagi saya sendiri, saya kurang gemar apabila video dalam Facebook dimainkan secara automatik semasa saya layari akaun saya menggunakan aplikasi Facebook terutamanya jika saya menggunakan data internet, tetapi jika di rumah menggunakan wifi, saya tidak kisah dengan video yang dimainkan secara automatik ini. 

Ok.

Kita boleh menetapkan aplikasi Facebook untuk mematikan video dimain secara automatik, dimainkan hanya apabila dalam sambungan Wifi ataupun dimainkan sepanjang masa (tanpa mengira sambungan internet). Cara untuk matikan video Facebook dimainkan secara automatik adalah mudah. 

Cara Matikan Video Facebook Dimainkan Secara Automatik

Buka aplikasi Facebook anda dan pilih Tetapan. Kemudian tekan tetapan untuk video dan kemudian anda boleh pilih untuk menetapkan bila video dimainkan pada aplikasi Facebook anda.

Mudah bukan? Saya harap cara ini dapat membantu anda dan dalam masa yang sama ianya dapat menjimatkan penggunaan data internet anda.

Terima kasih kerana membaca Cara Matikan Video Facebook Yang Dimainkan Secara Automatik. Berikan pendapat anda sama ada ianya merupakan satu penambahbaikan yang baik atau tidak oleh Facebook berkaitan video dimainkan secara automatik ini. 

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking