Cara Menghadapi Anak Yang Cemburukan Adik Baru

Cara Menghadapi Anak Yang Cemburukan Adik Baru

Bagi mereka yang bakal mempunyai anak kedua, anda perlu bersedia sejak awal lagi kerana ada kebarangkalian untuk anak pertama anda cemburukan adik barunya nanti. Antara sebab anak mula cemburu apabila menerima adik baru adalah anak tersebut tidak dapat lagi bermain dengan ibu mereka (terutamanya di waktu pantang). Anak akan menganggap ibu sudah tidak menghiraukan dirinya dan anak mula akan buat perangai. Menjadi tanggungjawab bapa untuk cuba terangkan kepada anak bahawa 'ibu tidak sihat' atau 'ibu demam' untuk mengelakkan anak tersalah anggap.

Apakah tanda-tanda anak cemburukan adiknya?

Antara tanda-tanda si abang atau kakak cemburukan akan adiknya adalah:
  • Perubahan emosi abang atau kakak yang ketara berbanding sebelum kelahiran adiknya.
  • Kerap mengganggu adik yang baru lahir.
  • Mengamuk melebihi biasa apabila meminta sesuatu.
  • Anak menjadi terlalu manja berbanding biasa.

Untuk menghadapi anak yang telah menunjukkan simptom cemburukan adik baru, ibu bapa perlu peka dan bertindak dengan bijak untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa jangan terlalu terikut-ikut dengan perangai anak yang baru sebaliknya ibu bapa perlu mengawal keadaan dengan penuh berhikmah.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa cemburu terhadap adik baru adalah:

1. Libatkan kakak dan abang semasa menguruskan adik baru

Minta bantuan kepada anak untuk membantu menguruskan adiknya seperti semasa menukar lampin atau semasa memandikan bayi. Abang dan kakak boleh membantu mengambil perkakasan untuk adik mereka. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubunga abang dan adik serta mengurangkan rasa cemburu.

2. Kerap memberitahu abang atau kakak untuk sayang adik

Usah jemu bertanya dan menerangkan untuk sayangi adik baru. Berikan dorongan kepada anak anda dengan meminta mereka mencium adik mereka.

3. Kerap katakan bahawa ibu dan ayah sayang akak dan adik

Ketika ibu bapa bermain-main dengan anak, ringankan mulut untuk memberitahu mereka bahawa kita sayangkan mereka. Ini sedikit sebanyak memberikan kesan positif terhadap emosi anak kita.

4. Sentiasa bersabar dengan kerenah baru anak-anak kita

Perkara yang paling penting adalah kita perlu bersabar dengan kerenah baru anak kita. Jangan terlalu mengikut perasaan marah. Marah hanya memburukkan lagi keadaan. 

Perasaan cemburu ini sebenarnya adalah masalah normal kepada anak yang baru sahaja menjadi abang atau kakak. Ibu bapa perlu sentiasa bersabar dan jangan sesekali memarahi mereka kerana tindakan ini mungkin akan lebih memburukkan keadaan. Berikan dan tunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada kesemua anak-anak kita agar mereka tahu ibu bapa mereka tidak memilih kasih.

Setiap keluarga baru pasti akan dan pernah mengalaminya. Pastikan anda sentiasa bersedia sejak awal dari segi mentaliti untuk membantu anak anda menghadapi kecemburuan kepada adik baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih kerana membaca Cara Menghadapi Anak Yang Cemburukan Adik Baru. Berikan komen serta pendapat anda diruangan komen. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top